Saturday, September 12, 2020

Hajiji Noor bakal Ketua Menteri Sabah -Bayangan PM.

 Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika berkumpul sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran hari ini. Turut hadir calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (kanan). - fotoBERNAMA Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika berkumpul sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran hari ini. Turut hadir calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (kanan). - fotoBERNAMA

PRN Sabah: PM beri bayangan Hajiji bakal Ketua Menteri.

TUARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor, dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan Perikatan Nasional (PN) dan rakannya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Perdana Menteri memberi bayangan itu ketika berucap di Pejabat BERSATU Tuaran untuk memberi semangat kepada Hajiji sebelum mengemukakan pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Seri Sulaman, hari ini.

"Kerja untuk bantu calon kita ini manalah tahu kalau rakan-rakan kita dalam PN, Barisan Nasional (BN) dan yang lain pun bersetuju, ...Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah," katanya.

Atas sebab itu, katanya, Hajiji perlu diberikan sokongan untuk memenangi kerusi DUN Sulaman.

"Kita semua berdoa dengan izin Allah Hajiji nanti selesai pilihan raya ini akan terpilih menjadi wakil rakyat di sini," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhyiddin mengumumkan kerjasama PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah apabila memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan beliau dilantik Ketua Menteri jika PN, BN dan PBS menang, Hajiji berkata, isu itu akan dibincangkan apabila tiba masanya.

"Saya tidak dimaklumkan secara khusus mengenai perkara ini tapi apapun kita dengan parti rakan BN dan PBS akan selesaikan isu ini bila tiba masanya," katanya sambil menambah apa yang lebih penting ketika ini adalah menang PRN ini.

Berkaitan Gabungan Rakyat Sabah yang diumumkan Perdana Menteri, Hajiji berkata, nama itu dipilih kerana ia dilihat sangat baik untuk ditawarkan kepada rakyat selepas WARISAN.

"Kita guna gabungan ini untuk memastikan masa depan Sabah dan rakyatnya terus dibela dan dibangunkan," katanya.

Anifah (kiri), Daud, Mohd Azree dan Ag Syairin selepas disahkan bertanding kerusi DUN Bongawan - Foto NSTP/Juwan Riduan Anifah (kiri), Daud, Mohd Azree dan Ag Syairin selepas disahkan bertanding kerusi DUN Bongawan - Foto NSTP/Juwan Riduan

Hibur Hibur Sikit

15 comments:

Anonymous said...

Hidup umno! Ahli bawahan pas sila laksanakan seperti yg diperintah oleh presiden. Pangkah umno! Syurga jawapannya. Ingat bah

Anonymous said...

Muafakat apa gini. Blm bertanding lg dah kena tendang!
Pak lebai bg dalil elak perangkap musuh. Camtu PRU15 jgn bertanding terus la. Lg byk perangkap nanti.

Anonymous said...

Bagi pn menang. Ingat bah. Sengsara dengan dap dan abang piee.

Anonymous said...

Ingat. Bakal presiden Pujawang anak atok. Ingat apa atok buat pada bumiputera. Cukup sekali.

Anonymous said...

RBA 3:50 ternakan party kafir harbi Dajjal Action Party adalah pesakit mental yang cuba berlagak jadi tuhan. Inilah ajaran sesat tuang guru gonna end !

Anonymous said...

Buat apa bg PN menang? Bg la parti Anifah Aman menang. Dia bertanding suma 73 kerusi bah.

Anonymous said...

Terok ko kena badi atok ni. Smpi meracau. Baik ko gi berubat. X lama dah ni..

Anonymous said...

Ya betul RBA 4:41 ternakan Dajjal Action Party, parti Dajjal Action Party belum bertanding dah kena guna simbol parti lain kerana simbol Dajjal sama dengan simbol kencing rakyat

Amat besar kemaluan Dajjal Action Party terpaksa guna simbol parti lain untuk bertanding kerana rakyat benci simbol Dajjal.

Anonymous said...

Biarlah dia.. Islam pas mengajar umatnya sokong parti penggubahwang masuk syurga. Haha

Anonymous said...

RBA dan puak Dajjal Action Party dan khadam liberal mereka perlu gi berubat segera kerana sudah kalah 7-0. X lama dah ni nak masuk muzium !

Anonymous said...

Anon yg selalu berzikir rba ni laskar siber rupernya. Tahniah. Semoga sukses dibawah bimbingan dato lokman adam.

MUKTAMAR PAS | Perwakilan Pemuda PAS tampil menyatakan rasa kecewa dengan prestasi mujahid siber atau laskar siber parti itu yang dilihat gagal menyaingi pihak lawan dalam sebarang bentuk serangan melibatkan isu-isu hangat di media sosial.

Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda PAS Kawasan Batu Krau, Abu Anas Omar Khayyam Mohd Hanafiah ketika sesi membentang dan membahas laporan tahunan dan penyata kewangan berakhir Disember 2019 sempena Muktamar kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.

Anonymous said...

Bukan kena tendang. Pas mintak 10 kerusi. Bung karno jegil mata ajar add math kat lebai buang angka 1. Jadi dapatlah 0. Daripada takde angka...baik ada angka 0 dan Lebai puashati dgn penjelasan bungkarno. Kehkehkeh

Anonymous said...

Kalu ikutkan fahaman anon 3:50 YB Tokong masuk syurga paling awal.. almaklum.. tahap dewa katanya..

Anonymous said...

Parti YB Tokong.. ada bertanding kah?..
..ooooo adaaaa..
Pakai lambang orang lain...
.....ooooo kes menyamar laa niii..
YB Tokong belum disabitkan kesalahan pon..
..wat per nak menyamar lak...
.... malu apa bosskur..

Anonymous said...

PRN Sabah

Parti ATOK pakai simbol apa kali ini?
..ada bertandingkah para pujuang pujuang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails