Tuesday, July 07, 2020

PN akan didaftar sebagai gabungan rasmi



PELABUHAN KLANG: Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan rasmi sedang dirancang dan akan diselesaikan secepat mungkin, kata Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


Beliau berkata ini kerana pendaftaran tersebut memerlukan kerjasama daripada semua parti gabungan PN dan ia perlu diteliti bagi menyesuaikannya mengikut perlembagaan serta prosedur parti masing-masing.
Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu pada sidang media selepas majlis penerimaan Kapal Ronda Generasi Baru (NGPC) dan meninjau pembinaan Kapal Ronda Luar Pesisir (OPV) di sini, hari ini.
Ditanya mengenai desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka diadakan dalam masa terdekat, Hamzah berkata beliau tidak memberi tumpuan pada perkara itu.
“Pada saya, tempoh bila diadakan PRU15 bukan fokus saya, agenda saya adalah supaya kerajaan PN mempunyai gabungan parti yang lebih teguh daripada kerajaan sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

PH Akan Hancur ?

Sila baca berita di bawah:


'PH akan hancur di bawah kepimpinan Anwar' - Khairuddin umum keluar parti

Astro Awani, Kenyataan Media | Diterbitkan pada Julai 07, 2020 06:17 +08
KUALA LUMPUR: : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Isnin mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan meletakkan jawatan serta-merta sebagai Penyelaras Parlimen Jasin.

Beliau turut menegaskan tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesembilan seperti yang diumumkan PH.

"Keseluruhan bangsa Melayu harus menolak Anwar daripada menjadi pemimpin. Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi.

Dalam masa yang sama, Khairuddin turut menyeru kepada semua pemimpin PH untuk meninggalkan PH secara beramai-ramai.


"PKR sendiri bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan Anwar. Bagaimana dia hendak memimpin gagasan PH yang jauh lebih besar?

"PH akan hancur di bawah kepimpinan Anwar. Jangan bermimpi PH akan mampu untuk memenangi PRU lagi bagi membentuk kerajaan pusat seperti PRU14.

Petikan diambil dari sumber:

http://www.astroawani.com/berita-politik/ph-akan-hancur-di-bawah-kepimpinan-anwar-khairuddin-umum-keluar-parti-250125

Anonymous said...

Khairudin ni mmg la. Dia kan penyokong tegar tun ms dlm umno lg

Anonymous said...

Khairuddin telah berada dalam PH dan dia tahu apa yang sedang berlaku kepada PH.

Bukankah ini membuktikan PH sedang menuju ke arah kehancuran ???

Anonymous said...

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ph umur panjang
Alamat nya nak kena tendang lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails