Tuesday, July 07, 2020

3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada SPRM



GEORGE TOWN – Tiga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini, dipercayai berkait siasatan projek terowong dasar laut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo, tiba sekitar jam 9.30 pagi, meninggalkan premis itu pada jam 12.01 tengah hari tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media yang menunggu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng, pula memasuki bangunan sama pada jam 11.23 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, dilihat tiba pada jam 2.20 petang.

Ketika ditemui media, Eng yang keluar dari pejabat itu pada jam 3.20 petang, berkata beliau ditanya mengenai latar belakangnya serta bagi mengesahkan mengenai projek tiga jalan dan terowong dasar laut.

“Semuanya berjalan lancar,” katanya sambil menyatakan pertemuannya berlangsung singkat kerana pegawai SPRM yang mengambil keterangannya menerima tugasan itu pada saat akhir, selepas individu yang sepatutnya menguruskan hal itu diberikan tugasan lain.

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula, Eng memaklumkan yang beliau tidak pasti, kecuali dimaklumkan urusannya untuk hari ini sudah selesai.
Terdahulu, beberapa pegawai SPRM dilihat tiba di Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada jam 9.55 pagi tadi bagi meneruskan siasatan suruhanjaya itu berhubung projek terowong dasar laut.

Bagaimanapun, wartawan yang menunggu di tingkat 53 sejak jam 8.30 pagi diarah meninggalkan kawasan itu dan turun ke tingkat bawah oleh pengawal keselamatan.

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memaklumkan mereka tidak pernah menutup siasatan projek bernilai RM6.3 bilion itu, sebaliknya lima kertas siasatan dibuka, selain siasatan juga berada di peringkat akhir. – BH Online

4 comments:

Anonymous said...

Dari Laman Refomasi dan blog budin

Monday, July 6, 2020
KINI TERSERAH KEPADA MAHATHIR MAHU MENJATUHKAN MUHYIDDIN ATAU TIDAK


Berkaitan usaha mengembalikan semula mandat rakyat, Majlis Presiden PH yang bermesyuarat hari ini secara umumnya membuat keputusan seperti berikut:-
1. Komited dengan pendirian asal yang menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
2. Semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.
3. Memberi mandat kepada Anwar meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut... bla bla boleh bla blah lah blah blah trus bla bla...!!

Dah sindir sindir di kutuk kaw kaw orang tua tu dari jauh lepas tu bole plak terpulang kat orang tua tu nak jatuh TSMY atau tak..


hookkkalohhh...!!! guano pulak jadi lagu tu weeeiii..!! bengong..!!

Anonymous said...

Pakatan kafir harbi-munafik liberal tidak berhak bercakap tentang mandat rakyat kerana mereka telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu untuk mendapatkan mandat rakyat.

Tanpa merasa malu dan segan, mereka menggunakan mandat rakyat untuk menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam. Dan mereka kencing rakyat sendiri dengan menggunakan alasan bodoh manifesto bukan kitab suci.

Mereka sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !!!
Sekarang mereka mahu bercakap tentang mandat rakyat lagi. Pakatan muka tembok kaki kencing !

Porrahhh !!!

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada kerajaan PN kerana bertindak tegas terhadap salah laku, pecah amanah dan rasuah pemimpin-pemimpin kafir Harbi dan khadam liberal mereka.

Anonymous said...

Selepas ini mungkin ada pemimpin kafir Harbi dan khadam liberal mereka akan mendapat penginapan dan makan minum percuma untuk tempoh beberapa tahun.

Tepuk.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails