Friday, June 12, 2020

PRU-15 PAS Agih Kerusi, PN Guna 1 Lambang?


PAS Pusat tentu agihan kerusi PRU-15


KOTA BHARU: PAS Kelantan menyerah kepada PAS Pusat untuk membuat pendirian mengenai proses agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

Timbalan Pesuruhjayanya, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, PAS negeri hanya berperanan sebagai pelaksana terhadap apa yang bakal diputuskan pimpinan tertinggi parti.
“Dalam perbincangan parti kita dari segi dasar setuju menyerah kepada PAS Pusat untuk membuat pendirian, kita di negeri hanya melaksanakan apa yang diputuskan.
“Kami di negeri pun tidak bincang, tetapi kami harap perbincangan tersebut dapat berjalan dengan baik dan merangka formula yang diterima semua pihak,” katanya selepas mesyuarat Exco di kediaman rasmi Menteri Besar (JKR 10) di sini hari ini.
Sebelum ini Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu jawatankuasa teknikal Muafakat Nasional sedang meneliti formula yang akan diguna pakai dalam pengagihan kerusi.
Menurutnya langkah tersebut sebagai persediaan menghadapi PRU 15 sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Induk Gabungan.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata tidak dapat ditolak kemungkinan Perikatan Nasional (PN) menggunakan satu lambang yang sama pada PRU.- HARAKAHDAILY 10/6/2020

8 comments:

Anonymous said...

DR MAHATHIR MOHAMMAD
1. Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik.

2. Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.

3. Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu.

4. Nama parti ini ialah Parti AAD atau “Parti Apa Aku Dapat”.

Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.

###CAKAP TAK SERUPA BIKIN. ATOK YG KUCIWO###

Anonymous said...

Apadaa atok nyayuk lupa ka. Kami pas dpt jawatan menteri dan glc sebab kami menang dlm pru lepas la. Rakyat seluruh negara telah pilih pas menang! Umno pun sama. Rakyat mahukan pas umno mic mca memerintah menjadikan negara ini negara islam dan melayu!

Anonymous said...

RBA 4:08 cuba menyamar sebagai ahli pas untuk menfitnah dan memburuk-burukkan pas.

Ini politik persepsi @ fitnah yang menjadi amalan RBA dan tuan kafir Harbi mereka untuk kencing rakyat dan menfitnah perjuangan Islam.

Anonymous said...

Meghoyan sebab agong tak pilih atok.

Anonymous said...

Kena latih lagi ph supaya mereka faham peraturan. Ini bukan peraturan atok atau bang non atau dap.

Anonymous said...

DAP anti islam
Islam terancam
DAP nk hapuskan islam.
Jika betul
Pas istiarkan jihad
Jika mati syahid
Masuk syurga pasti

Anonymous said...

RBA 7:33 ternakan parti kafir Harbi Roket cuba mencetuskan kekacauan dalam negara kita.

Umat Islam perlu berhati-hati dengan RBA.

Anonymous said...

Setakat cakap islam terancam la, perlembagaan terancam la sapa pun boleh. Cuba list kan..dgn fakta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails