Saturday, June 13, 2020

Ramai MP Pembangkang Sertai PN Dalam 2 Minggu Ini -Liew Chin Tong (DAP)


DAP akui akan ada ramai lagi MP Pembangkang akan sertai PN

DAP mendakwa, beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang bakal “menyerah diri” kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh dua minggu ini.
Liew Chin Tong Ketika mendedahkan perkara itu mendakwa, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha untuk mengumpul sekurang-kurangnya 125 kerusi dalam tempoh itu bagi membolehkannya berjalan masuk ke Parlimen dengan selesa dan selamat.

“Muhyiddin mahu memecahbelah Pakatan Harapan (PH) dan semua sekutunya. “Jika dia dapat meningkatkan majoritinya kepada 125 kerusi dalam tempoh dua minggu lagi, beliau boleh jalan berkepak masuk ke Parlimen pada 13 Julai, mengetahui kerusinya dijamin selamat.
“Selepas itu, beliau boleh duduk selesa di kerusi kuasa buat satu tempoh, sebelum memulakan langkah autoritarian demi menghancurkan sebarang ancaman baharu ke atas pentadbirannya,” katanya yang dipetik roketkini.com sebagai berkata.

Kata Pengerusi DAP Johor itu, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Pas mempunyai 60 kerusi terkumpul di Parlimen serta mampu mencetuskan pilihan raya mengejut jika menarik diri dari gabungan PN. Walau bagaimana mengikut perkembangan terkini PAS telah menyatakan tidak akan berlaku pertandingan 3 penjuru jika ada Pilihan Raya Mengejut. PAS, UMNO dan BERSATU akan menyelesaiakan masalah pengagihan kerusi dalam masa terdekat.

PAS memberikan gambaran bagaimana PRU 2008 dahulu PAS dan DAP telah berpecah tetapi bila keputusan PRU tersubut memaksa untuk PAS, DAP dan PKR bersatu membentuk Pakatan Rakyat yang sebelum ini Barisan Alternatif berkubur akibat daripada DAP keluar.

Suasana ini sama juga berlaku, Rakyat memaksa untuk PAS-UMNO bersama BERSATU memerintah Malaysia.

“Satu lagi senario lebih hampir kepada situasi semasa, iaitu jika Muhyiddin tidak berjaya menambah majoritinya dalam tempoh dua minggu ini dan terpaksa mengelak sidang Parlimen pada Julai, beliau mungkin akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada September atau Oktober seperti yang sedang digembar-gemburkan sekarang.
“Dengan berbuat demikian, beliau mahu mendapatkan mandat baharu. Baginya, keadaan kian terdesak dan bagi kerajaannya membentangkan Belanjawan 2021 kepada Parlimen yang tidak berubah adalah kerja sia-sia kerana berkemungkinan tidak mendapat sokongan.
“Dengan mengadakan PRU awal, Muhyiddin berharap UMNO dan Pas akan memberi ruang kepada BERSATU dalam pengagihan kerusi,” katanya.

Banyak penganalisis melihat ramai MP terutamanya (walaupun ada banyak MP bukan Melayu dan Islam PKR keluar parti) telah mula sedar rancangan jahat DAP dan mereka melihat mood rakyat yang juga lebih senang dengan PN.

Ini membuatkan untuk demi pengukuhan politik Melayu Islam mereka tidak boleh lagi mengharapkan Mahathir atau Anwar. Mereka akan menyokong UMNO baharu yang kini bersama PAS dan BERSATU.


(https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/dap-akui-akan-ada-ramai-lagi-mp.html)

2 comments:

Unknown said...

Bagi balik hak minyak dan share cukai sabah baru cerita pasal melayu Islam. Islam x mmbenarkan hak mna2 org atau wilayah dirampas dgn apa cara sekalipun.. Klu sembang pasal islam setakat di kerongkong ja dan sampai ke hati... X pyahlah nak sembng soal politik Islam
...buat malu Islam je. Lebih baik mngaku masing2 tamak nak brkuasa....berterus terang lgi baik... Boleh tipu rakyat je bukan boleh tipu ALLAH pun...

Unknown said...

Pembetulan# klu sembang pasal hak Islam setakat di kerongkong je.. Tak sampai di hati... X pyah sembang lah. ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails