Wednesday, June 10, 2020

Pengganggur Hina Islam. 'Kesian, Dia'..


Pengganggur didakwa hina Islam. Komen hina Islam guna akaun Facebook 'Tham Thamsarak'


KUALA LUMPUR, 18 Syawal 1441H, Rabu – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menghina agama Islam dan membuat hantaran jelik di laman sosial Facebook.
Tham Wai Yuen, 47, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memuat naik satu hantaran di ruangan komen yang menghina agama Islam menggunakan akaun Facebook miliknya, iaitu ‘Tham Thamsarak’ dan tindakan itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama, antara kumpulan beragama Islam dengan kumpulan bukan beragama Islam di seluruh negara pada 2.30 petang, 4 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Tham didakwa memuat naik hantaran sama menggunakan akaun Facebook miliknya, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada tarikh dan masa sama.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-dua jika sabit kesalahan.
Hantaran itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini pada 5 petang, 20 April lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abdul Hadi menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan, serta syarat tambahan tertuduh dilarang membuat apa-apa hantaran di laman Facebook miliknya sepanjang kes itu berlangsung.
Tham yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan beliau kini tidak bekerja.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan, serta syarat tambahan tertuduh dilarang membuat apa-apa hantaran di dalam sosial media sepanjang perbicaraan berlangsung.
Mahkamah menetapkan 23 Julai sebagai sebutan semula kes. -Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kasihan penganggur itu, mungkin dia tidak tahu atau terlalu sempit dalam hidup. 

Teringat saya (Ibnu Hasyim) semasa berada di sebuah daerah di negara China beberapa tahun lalu. Terdapat beberapa orang sedang berkumpul di bawah jejambat dalam bandar itu ditempat yang disediakan. Mereka sedang menonton tv pelajaran peraturan lalulintas jalan raya. 

Rupanya, mereka adalah pesalah-pesalah jalan raya yang dihukum denda, tanpa kena bayaran duit. Bahkan ada yang menolong pihak polis mengawal lalu lintas di situ. Sebenarnya itulah konsep hukuman dalam perundangan Islam. Menghukum dan mentarbiah.

Kalau dia menghina agama contohnya, mungkin dia kena belajar agama itu sehingga pandai atau membetulkan balik kesilapannya melalui media yang dia lakukan.. Bukan hukum yang memudaratkan pesalah itu. Contohnya dipenjara memudaratkan 'penganggor' itu untuk terus dapat kerja.

Maaf, hanya selintas mengajak berfikir, ke arah ke Agungan keadilan Islam. Allahu Akbar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails