Saturday, June 13, 2020

K'jaan DAP PP Dituntut Tangani Pencemaran Najis Babi Di Kalangan Melayu/Islam.


Penternak untung, hidup penduduk dicemari najis babi


PENCEMARAN najis babi di Sungai Kreh, Seberang Perai Utara yang merebak sehingga radius 13 kilometer turut melangkaui beberapa sungai dan kampung, telah lama menghantui penduduk sekitarnya. Lebih malang lagi rata-rata penduduknya pula adalah dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam.

Pencemaran ini berlaku akibat sisa pembuangan najis babi yang terhasil daripada industri ladang babi di Kampung Selamat. Dianggarkan lebih kurang 70 kandang babi diternak di ladang tersebut.
Hasil tinjauan, sungai-sungai yang terlibat dengan pencemaran najis babi ini adalah seperti berikut:
(1) Sungai Korok.
(2) Sungai Kreh Tasik.
(3) Parit Kampung Selamat.
(4) Sungai Kreh Mati.
(5) Sungai Kecil Pokok Machang.
(6) Parit Malakof.
(7) Sungai Lubuk Meriam.
(8) Sungai Lubuk Meriam Dalam.
Pencemaran najis babi di sungai-sungai ini telah mengakibatkan pencemaran bau di kawasan yang padat dengan penduduk. Lebih teruk lagi, kawasan ini juga selalu terlibat dengan banjir yang mengakibatkan kesan besar kepada beberapa kampung seperti Kampung Pokok Machang, Kampung Lubuk Meriam, Kampung Tonsun, Kampung Lahar Yooi, Kampung Sungai Korok dan Kampung Seberang Tok Dol.
Pencemaran di lembangan Sungai Kreh juga boleh menyebabkan sumber air utama terjejas dan merosakkan eko-sistem dan infrastruktur sekitarnya. Juga, boleh merosakkan hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk setempat.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor menuntut agar Kerajaan DAP Pulau Pinang segera mengambil tindakan sewajarnya demi kelangsungan kehidupan yang aman dan sejahtera penduduk sekitarnya. Cukuplah puluhan tahun penduduk sekitarnya terpaksa menanggung beban demi keuntungan pihak lain.
“Demi Islam”
USTAZ ABDUL RAZIB ABDUL RAHIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor – HARAKAHDAILY 11/6/2020


Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..... 


Lihat juga..

DAP Ganyang Islam? Ajar Dia Di PRU 15... Video









46K views3 days ago
Tidak dinafikan pemimpin-pemimpin PH seperti YB Langkawi, YB Port Dickson, YB Kota Raja dan sebagainya begitu konsisten ...
New





DAP mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan keanggotaan kabinet hanya eksklusif untuk kaum ...





6.7K views2 years ago
Bagi musuh politiknya, DAP sentiasa didakwa akan mengancam hak-hak orang Melayu dan kedudukan Islam. Bagi DAP, ini ...




DAP menyuarakan kehairanan berhubung kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa umat Islam dibenar ...




AMANAH mengajak semua pihak termasuk gerakan Islam dan ulamak untuk mengajar DAP jika ia akan terus mengancam Islam, ...




Fawzia Ariff, ahli seumur hidup DAP berkongsi pendapatnya tentang DAP dan IslamDAP berjuang untuk semua rakyat Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails