Monday, June 08, 2020

K'jaan P.Pinang diminta akur arahan PKPP Persekutuan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber Foto-Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu akur dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang akan diwartakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob apabila PKPP diwartakan semua peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini akan terbatal secara automatik.
“Perkara-perkara yang diwartakan di bawah PKPB akan terbatal pada 9 Jun ini kerana kawalan yang baru di bawah PKPP akan diwartakan dan mula berkuatkuasa pada 10 Jun ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ia berikutan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeon dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa kerajaan negeri itu akan meneruskan PKPB sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan berhubung pelaksanaan PKPP.
Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa akta untuk kawalan penyakit berjangkit ini hanya ada satu sahaja iaitu di peringkat Persekutuan melainkan Sarawak yang masih ada lagi akta kawalan berjangkit.
“Rujukan untuk negeri-negeri hanya satu akta iaitu Akta 342 dan negeri tidak boleh membuat peraturan lain.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta Peraturan Persekutuan adalah ultra virus, ia akan terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan,” ujarnya.

Tambah beliau, jadi tidak ada pilihan apabila kerajaan persekutuan mengumumkan PKPP dengan peraturan yang diwartakan nanti, maka negeri perlu akur kepada akta di bawah PKPP ini.

Dalam pada itu, Sabri berkata, pegawai-pegawai di Peringkat Persekutuan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan undang-undang jika ada kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana undang-undang diperingkat persekutuan akan dilaksanakan diperingkat negeri.

“Jadi jika mereka melakukan kesilapan me
langgar SOP, polis boleh ambil tindakan keatasnya,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 8/6/2020

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails