Wednesday, June 10, 2020

Nelayan pukat tunda ceroboh persisiran pantai


Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit (berkopiah) mendengar luahan nelayan yang terjejas akibat pencerobohan nelayan pukat tunda.


JERAI: Sudahlah pendapatan tidak seberapa, sebaliknya lokasi nelayan persisiran pantai mencari rezeki pula diceroboh nelayan pukat tunda rawa.

Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit berkata, masalah itu dihadapi nelayan pantai di sekitar Yan terutamanya Kampung Ruat.
Katanya, pencerobohan nelayan pukat tunda menyebabkan hasil laut di kawasan berkenaan berkurangan sehingga menjejaskan pendapatan nelayan persisiran pantai.
“Nelayan tersebut menghadapi pelbagai ancaman sehingga menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
“Nelayan pukat tunda seolah-olah bebas menangkap ikan di kawasan persisiran pantai dan menyebabkan hasil laut di situ berkurangan,” katanya di sini.
Oleh itu beliau berharap pihak berkuasa memastikan pencerobohan nelayan pukat tunda tidak berlaku lagi di persisiran pantai sehingga menjejaskan nelayan kecil.- HARAKAHDAILY 10/6/2020
Hibur Hibur Sikit

El Surayya - Nelayan


OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek


1 comment:

Anonymous said...

Air Zam Zam adalah antara mukjizat diberikan Allah kepada Nabi Ismail a.s dan menjadi sesuatu kebanggaan umat Islam. Setiap mereka ke tanah suci Makkah semacam wajib untuk membawa baliknya sebagai ole-leh untuk keberkatan.

Sesuai dengan darjatnya air itu seharusnya menjadi milik umat Islam secara gratis dan memilikinya sesuatu dibanggakan.
Yang saya kurang faham, kenapa sampai Kastam rampas? Apakah air mukjizat juga diketagorikan sebagai bahan dagangan dan tidak ada pengeculian? Semalam dilaporkan Jabatan Kastam dan DiRaja Malaysia (JKDM), berjaya mematahkan cubaan menyeludup 83,000 liter air Zam Zam yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Dirakam dan disiarkan gambar kejayaan itu seperti kejayaan Kastam kejayaan rampas dadah atau pun barangan samuan.

Sepatutnya kalau ada sesuatu yang tidak kena dengan kemasukan air itu, Kastam tidak payahlah istyharkan ia dirampas. Perkataan rampas atau tahan itu konotasinya buruk sangat dari sudut agama. Bijaklah sikit dan berhemahlah melaksanakan tugas.

Ketua Pengarah Kastam eloklah dilantik dari kalangan Muslim yang beriman dan mempunyai nilai kecintaan kepada agama agar hal hal seperti itu dikawal dan tidak tergilakan publisiti sehingga mencemarkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Hal Ehwal Agama, silalah tegur dan beri nasihat agar kecacatan itu tidak berlaku yang boleh mengaibkan umat Islam.

Aakah Kastam tidak terfikir tindakan itu boleh menghina agama. Nak rampas dan dakwa mereka yang bawa tanpa mengikut undang² silakan, tetapi janglah hebuhkan sehingga orang boleh tertawakan hal-hal ritual agama Islam. Cis dipagi hari. Trim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails