Thursday, June 11, 2020

PH Isytihar Rampas Putrajaya Mnggu Hadapan -Si Luncai.

Mesyuarat Majlis Presiden PH: Tun M, Shafie Apdal tiba di ibu pejabat PKR
Syabas Malaysia! Pedulikan Si Luncai

MALAYSIA melonjak syukur dan gembira meraikan kejayaan negara menangani pandemik COVID-19 apabila semalam tiada kes jangkitan melibatkan warganegara dilaporkan dan hari ini bermulalah PKPP atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Berkat kerja kuat pimpinan negara dan semua yang terlibat dari staf barisan hadapan, para pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta, Polis, Tentera, sukarelawan, NGO dan kerjasama padu rakyat jelata kita hampir berjaya memutuskan rantaian wabak ini dan menerima pengiktirafan dunia.

Kejayaan ini mustahil berlaku tanpa sokongan dan dukungan semua sekali gus membuktikan pengiktirafan rakyat jelata terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN)pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru sahaja masuk hari ke-100 memerintah negara.

Tetapi dalam pada kita bergembira dengan pencapaian besar rakyat dan negara ini, rupa-rupanya masih ada anasir kecewa yang terus ghairah untuk merampas kembali kuasa. Setelah lesap kuasa dari tangan angkara peletakkan jawatan PM ke-7, kini mereka menyesal dan kemaruk mahukan kuasa itu kembali.
Isu negara dan rakyat, kejayaan menentang COVID-19 seakan tiada dalam susunan kepentinganmereka, yang ada hanyalah angan-angan merampas kembali kuasa.
Semalam Pakatan Harapan (PH), iaitu PKR, DAP dan PAN telah bermesyuarat dengan kehadiran Tun Dr Mahathir (kononnya masih Pengerusi BERSATU) dan Shafiee Apdal mewakili WARISAN. PH Plus ini khabarnya sibuk membincangkan agenda menjatuhkan Kerajaan PN dan untuk mereka kembali berkuasa. Sebuah portal berita membawa tajuk “PH umum keputusan rampas Putrajaya minggu hadapan”.
Jika benar PH punya cukup bilangan Ahli-ahli Parlimen di sebelah mereka, maka yang penting adalah menzahirkan bilangan itu ke pandangan umum. Jika sekadar beberapa orang bermesyuarat dan kemudian mengisytiharkan akan rampas Putrajaya minggu hadapan, tidakkah itu mencerminkan betapa sasau dan pandirnya mereka itu. Dan malah difahamkan isu siapa bakal calon Perdana Menteri mereka kiranya benar mereka cukup bilangan pun tidak dapat dimuktamadkan dalam mesyuarat semalam.
Tun pasti mahu kembali menjadi PM manakala Anwar pula pasti menuntut haknya tidak ingin menjadi ‘bakal’ PM lebih lama lagi. Anwar kenal sangat kerana telah berkali dipermainkan Tun dan Tun juga sangat kenal Anwar. Cumanya Tun selain memegang 5 kerusi, turut menguasai WARISAN yang punya 9 kerusi dan kombinasi kerusi-kerusi ini cukup kuat untuk menentukan sama ada PH boleh berkuasa atau tidak. 
Kerana itu Tun terus terpaksa diberi muka oleh Anwar dan PH. Isunya cukupkah bilangan mereka untuk kembali ke Putrajaya sebagaimana digembar-gemburkan itu?
Biarlah kita berpolitik dengan penuh kematangan, jujur dan telus, jangan cetuskan kebimbangan dan ketegangan tidak menentu sehingga mengganggu kestabilan dan ketenteraman rakyat dan negara. Jika hari-hari kita uar-uar dan dakwa yang kita punya cukup bilangan untuk bentuk kerajaan sedangkan hakikatnya kita tidak cukup bilangan pun, akhirnya nanti rakyat akan bosan dan terus cap kita sebagai pembohong kelas pertama, sudahlah sebelum ini cap tersebut telah terlekat di dahi PH apabila gagal melaksanakan janji manifesto ketika berkuasa dahulu.
Rakyat kini dalam ‘mood‘ bersyukur dan bergembira dengan perkembangan semasa khasnya dalam tempuh PKPP ini. Tumpuan semua kini adalah pada proses membina semula negara dan ekonomi setelah terganggu ekoran COVID-19 ini, segala usaha dan langkah-langkah kerajaan sepanjang 3 bulan lalu ternyata membawa hasil yang baik buat rakyat, dan mereka sedang memberi tumpuan pada usaha dan langkah-langkah kerajaan seterusnya, semoga berkekalan kebaikan buat semua.
Rakyat tiada selera langsung untuk bermain politik apalagi melayan kumpulan kecewa yang gila dan kemarukkan kuasa. Terjunlah si luncai dengan labu-labunya sekalipun rakyat tidak lagi akan pedulikan.
Di peringkat ini PH sepatutnya menjaga rumah tangga mereka sendiri kerana khabarnya ada lagi yang juga bosan dan berhajat menyertai PN. Jangan jadi umpama Pak Kaduk disangka menang melalui sorakan rupanya kampung yang ada habis tergadai.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 10/6/2020

5 comments:

Anonymous said...

anak bangsa ‘melayu2 islam’ ke? yang melaung2 ‘islam’ dan kapir mengapir sana sini?

anak bangsa ‘melayu2 islam’ ke? dgn memegang parang dan kapak sambil melaung2 ‘allah’ sana sini? tajam ke parang dan kapak dari perkataan nih?

anak bangsa ‘melayu2 islam’ ke? dgn menyamun dan berhelah sambil kaut dedak dan rasuah sana sini dgn nama ‘allah’ dan ‘syurga’ ke sana kemari nih?

apa punya sundal ‘melayu2 islam’ yg sundal nya, ‘melayu2’ yg menjenamakan ‘islam’ atau ‘islam’ yg di ‘arak’ ke sini ke sana utk pemjenamaan ‘melayu2 mereka…?

Anonymous said...

This is what we called democracy. You got the number you win.

Anonymous said...

Anon 11:21 PM adalah seorang pelampau ultra-rasis yang telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam terutamanya kaum Melayu Islam.

Kita mohon pihak berkuasa menangkap dan mendakwa Anon ini di mahkamah kerana Anon ini telah melakukan hasutan perkauman yang sangat berbahaya kepada negara kita dan rakyat.

Anonymous said...

So PH giving false promises to the citizen of this country is just a part of what you called democracy ? What kind of democracy is it ??

Anonymous said...

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABU ! BIARKAN .... BIARKAN ! AKHIRNYA SI LUNCAI MENJADI LEBAI MALANG TERNAKAN L IM GONNA END !!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails