Saturday, June 13, 2020

Kes Musa Aman Sudah Tutup. Masa PH Buka Balik. Kes LGE Masih Panas&Jelas.. Tunggu!


Ada beza kes Musa dengan LGE

KUALA LUMPUR: Pengguguran kes melibatkan dua figura politik iaitu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE) bukan kes yang serupa dan tidak sesuai untuk dijadikan kayu ukur ketelusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan harapan (PH).

Menurut Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM), Wan Rohimi Wan Daud, kes membabitkan Musa merupakan kes lama dan telahpun disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Rasuah Hong Kong (ICAC).
Jelasnya, ICAC melalui sepucuk surat pada 22 Disember 2011 menyatakan siastan mereka terhadap Musa sudah lengkap dan berdasarkan fakta yang diketahui, tiada tindakan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Dalam kes Lim Guan Eng, perbicaraan penuh telah pun berlansung dengan seramai 25 saksi telahpun memberi keterangan. Malah, perbicaraan telah masuk ke penghujungnya.

“Ia (LGE) adalah kes baru, siasatan semasa dan proses perbicaraan pun sudah berjalan dengan sangat baik, dengan 25 saksi. Jadinya, tidak sama jika nak dibandingkan dengan pengguguran kes LGE dan Musa Aman ini kerana kes Musa Aman ini, kes lapuk yang telah ditutup pun, dan belum bicara lagi.

“Kes LGE ini kes yang semasa, jadi itu pun dah menunjukkan bahawa jauh berbeza antara keduanya,” jelasnya ketika dihubungi HarakahDaily.

Mengulas lanjut, menurut Wan Rohimi, keputusan untuk membebaskan Musa ketika itu malah dibuat secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Dato’ Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Dato’ Seri Mustafar Ali.

Jelasnya, ketika keputusan dibuat, Pejabat Peguam Negara menyimpulkan bahawa dapatan siasatan tidak mempunyai elemen rasuah dan wang yang disalurkan ke dalam akaun bank tertuduh adalah wang sumbangan politik.

“Jadi, oleh kerana itu, Tan Sri Abdul Ghani telah menutup siasatan itu kerana tidak ada elemen rasuah, begitu juga siasatan yang dilakukan oleh ICAC yang juga telah membuat dapatan, kesimpulan, bahawa Tan Sri Musa Aman tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Jadi mereka buat dapatan, selesai, kes ditutup, cuma selepas PH mengambil-alih, ia dibuka semula dan Tan Sri Musa Aman dituduh atas kesalahan yang lapan tahun telah selesai dan fail pun telah ditutup.

“Jadi selepas Peguam Negara baru, Tan Sri Idrus Harun menerima surat representasi dan juga permohonan untuk membatalkan kes oleh peguam Tan Sri Musa Aman, Peguam Negara telah menilai kembali fakta-fakta itu dan menimbangkan bahawa ada kesukaran untuk membuktikan kes.

“Ia termasuk ada saksi yang telah meninggal dunia, berkemungkinan sakit, tidak ada di Malaysia, serta dokumen-dokumen bank juga telahpun dilupuskan,” jelas beliau.

Malah kata Wan Rohimi, keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara juga turut mempertimbangkan alasan serta afidavit yang dikemukakan oleh Abdul Ghani yang mana turut memperihalkan mengenai status siasatan yang telahpun ditutup.

Justeru itu, mengambil kesemua pandangan tersebut serta pertimbangan undang-undang, Pengerusi LUHAM itu percaya bahawa tindakan Peguam Negara berhubung pengguguran kes Musa adalah keputusan yang betul.

Tan Sri Idrus Harun menerima afidavit yang dikemukakan Abdul Ghani pada 5 Jun yang mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada 2012, untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Musa Aman.

Selain afidavit Abdul Ghani, perkembangan terbaru dalam kes itu berkaitan dokumen saksi juga, tidak mewajarkan kes itu diteruskan.

Jabatan Keadilan Hong Kong turut memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara bahawa syarikat dan bank di negara itu hanya dikehendaki menyimpan rekod selama tempoh tujuh tahun.

Musa berdepan 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah membabitkan wang berjumlah AS$63.3 juta, dan 16 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS$37.8 juta serta S$2.5 juta.

Musa didakwa sebagai seorang ejen Kerajaan Sabah, iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak yang berjumlah AS$63.3 juta.

Mengikut pertuduhan, wang suapan itu sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tertuduh, iaitu memberi kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lapan bank serta institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura antara 20 Disember 2004 hingga 6 November 2008.- HARAKAHDAILY 12/6/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas dan tahniah PN pimpinan PM ke 8!!

9 comments:

Anonymous said...

Kita mohon kerajaan PN mendakwa semula pemimpin-pemimpin PH dan kroni mereka jika mereka terlibat dalam rasuah, salah laku, salah guna kuasa, pecah amanah dll dan pertubuhan pengganas Hindu LTTE dll.

Kerajaan PN wajar memberikan keadilan untuk saudara Adib yang telah dibunuh sesuka hati oleh pembunuh-pembunuh yang sangat kejam dan zalim kerana KERAjaan PH telah menafikan keadilan untuk Adib. Janji PH menegakkan kedaulatan undang-undang hanyalah propaganda PH sahaja.

Kerajaan PN perlu bertindak tegas menegakkan kedaulatan undang-undang supaya rakyat menghormati dan menyokong kerajaan PN.

Anonymous said...

Tidak ada manusia yang maksum di zaman ini. Hanya Nabi yang dijadikan oleh Allah azza wa jalla sebagai maksum. Manakala selain Nabi pastinya terdedah kepada salah dan silap. Oleh itu, Imam Malik (meninggal 179 Hijrah) berkata:
كل أحدٍ يؤخذ من قوله ويُترَك، إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم
Setiap seorang boleh diambil kata-katanya dan ditolak melainkan pemilik kubur ini sallallah alaih wasallam (Nabi). (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’; jil. 8, hal. 94)
Imam Malik berkata lagi:
من ذا الذي لا يخطئ؟
Siapa lagi yang tidak tersilap? (Ibn Muflih, al-Adaab al-Syari’yyah, jil. 2, hal. 145)
Abdul Rahman bin Mahdi (meninggal 198 Hijrah) lebih tegas dari itu, beliau berkata:
من يبرئ نفسه من الخطأ فهو مجنون
Siapa yang mengatakan dirinya bersih dari silap maka dia gila. (Ibn Muflih, al-Adaab al-Syari’yyah, jil. 2, hal. 145)
Jika ada sesiapa yang mendakwa dirinya atau kumpulan kecilnya tidak pernah tersilap maka dakwaan itu sendiri silap. Justeru mana mungkin dia tidak pernah tersilap?

Anonymous said...

Siku
Lutut
Kacamata
Teropong
Akal takdak
Asalkan melayu
Rompak,samun,curi,tipu
Halal...

Unknown said...

Kau bangsa apa? Bangsa kau takde yg merompak, membunuh, menyamun, makan rasuah, merogol ke? Bagus tu mungkin kau negara Datok moyang kau takde polis dan takde penjara lah kan...tinggalkanlah tanah Melayu ni, pilah balik duduk negara nenek moyang kau yang aman sentosa tu

Anonymous said...

Inilah mantera sihir (12:26) yang diratib oleh RBA ternakan parti kafir Harbi pimpinan gonna end untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan perjuangan Islam.

RBA adalah kepala bapak hipokrit yang berpura-pura 'suci' sambil menyokong Pakatan Tiada Harapan kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.

Anonymous said...

Kes gone eng dah lama tunggu dari era najib. Lg bape lama mau tggu daa?

Anonymous said...

Kes arwah adib bila nak buka balik?

Anonymous said...

Kes aset tabung haji yg kata dah tergadai tu apa citer?

Anonymous said...

Bukankah PH berjanji akan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat Tabung Haji? Bila PH sudah berkuasa , mengapa PH takut nak tubuhkan suruhanjaya diraja ? Apa citer ???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails