Saturday, June 13, 2020

Kalau PRU 15 Sekarang: 52% PN (Maufakat Nasional), 30% PH, Bebas 18%..

Sebahagian daripada bendera parti politik yang ada di Malaysia
Sebahagian daripada bendera parti politik yang ada di Malaysia
PH kalah jika PRU dalam masa terdekat - Emir Research


KUALA LUMPUR: Tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal tahun ini, merosot menyebabkan usaha mengubah tampuk pentadbiran negara dilakukan.
Hasil penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas, Emir Research, mendapati kemerosotan sebanyak 15 peratus direkodkan.
Skor 0.45 terhadap kerajaan PH direkodkan atau purata seimbang berdasarkan Indeks Kepuasan Terhadap Kerajaan (GSI), berbanding skor 0.53 yang ditunjukkan dalam hasil kajian pada Disember lalu.
GSI dinilai berdasar skala 0 hingga 1.
Kepuasan minimum bermula dengan 0 sehingga 0.2, di bawah kepuasan minimum (0.2 sehingga 0.4), kepuasan purata (0.4 sehingga 0.6), melebihi kepuasan purata (0.6 sehingga 0.8) manakala kepuasan maksimum antara 0.8 sehingga 1.
Hasil kajian untuk suku pertama 2020 itu dijalankan bermula 15 Januari hingga 24 Februari membabitkan 2,002 responden yang ditemui mewakili semua rakyat termasuk di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan momentum untuk Barisan Nasional (BN) dan PAS yang membentuk gabungan Muafakat Nasional untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 tinggi jika ia diadakan tidak lama lagi.
Berdasarkan hasil penyelidikan itu, mendapati 52 peratus responden memilih Muafakat Nasional berbanding Pakatan Harapan (PH) iaitu 30 peratus dan calon bebas, 18 peratus.
Peratusan sokongan kepada Muafakat Nasional dilihat meningkat 14 peratus berbanding hasil kajian terdahulu.
"Terdapat kenaikan satu peratus (18 peratus) di kalangan rakyat yang akan memilih Bebas berbanding 17 peratus dalam tinjauan awal - menandakan keinginan untuk kuasa ketiga mentadbir Malaysia masih relevan.
"Undian untuk PH merosot hingga 30 peratus - penurunan ketara 11 peratus dari 41 peratus yang mereka peroleh dalam tinjauan sebelumnya," menurut hasil kajian itu.
Kajian itu bagaimanapun tidak menunjukkan sama ada kewujudan Perikatan Nasional (PN), hasil kerjasama gabungan parti dalam BN, Muafakat Nasional, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghasilkan peratusan sokongan lebih tinggi atau sebaliknya.(BH)

Hibur Hibur Sikit

Mari Mengundi + Lirik Lagu (09 May 2018)

Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu 1955

11 comments:

Anonymous said...

tak payah psy-war. JUST BRING IT ON!!!! calling from RBA, otai reformasi

Dengan Bersatu kian stabil, Muhyiddin kini mahu dapat mandat baru
Anggota MPT Bersatu Muhammad Faiz Na'aman mengesahkan Muhyiddin ada menyuarakan tentang pilihan raya mengejut pada mesyuarat minggu lalu.

Anonymous said...

Igauan tak sudah. Biarlah nuar dengan dap. Pkr dan pan wajar bersama dap. Geng geng mabuk tak sesuai berada di kem nasional.

Anonymous said...

PETALING JAYA: ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi yang dijadual membuat sidang media khas hari ini dijangka membuat pengumuman meninggalkan PKR.

Sumber memberitahu SuaraTV, pemimpin itu dikatakan kecewa dengan kepimpinan Anwar Ibrahim yang menyaksikan beberapa penyokong bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali disingkirkan daripada parti berkenaan baru-baru ini.

“Beliau sudah tidak tahan dengan kerenah Anwar yang bertindak sewang-wenangnya dengan menyingkirkan mana-mana ahli yang dilihat ‘rapat’ dengan Azmin.

Anonymous said...

Kesiannya. Berani ke Yiddin nak bubar parlimen. Nak buat sidang parlimen pun takut. Sembang kencang. Pas & Bersatu jer yang beriya-iya nk tubuh PN. UMNO tak rela kongsi kerusi dengan Bersatu. PAS memang kaki sailing kerusi dari dulu lagi, Kalau tak percaya bubar lah parlimen kalau x percaya.

Anonymous said...

PRU 14 Emir Research punya kajian BN akan menang. Akhirnya BN kalah teruk, Ingat aku nak percaya korang punya kajian. Kuasa di tangan rakyat. Rakyat bijak menilai antara kleptokrat dan keparat.

Anonymous said...

Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle berkata beliau tidak menolak untuk berdialog dengan Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan presiden PAS itu baru-baru ini.

Rozaimi merujuk kepada kenyataan Hadi yang antara lain berhubung perubahan pendekatan parti itu dalam politik negara yang menurutnya bukan disebabkan perubahan kepimpinan, tetapi kerana perubahan realiti dan kemampuan membaca sepak terajang politik.

"Jika ada yang boleh mengatur dialog antara saya dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) berkenaan isu teropong yang menjadi polemik baru-baru ini, saya bersedia insya-Allah.

"Semoga saya boleh belajar sesuatu dari beliau," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini



Amiciam? Ada beraneyy lebai hadi? Pasal amanat kapir mengkapir smpi dua imam, anak bapak berpecah laki bini bercerai pun tak berani nak dialog

Pasal amanat umno sekular bercampur dgn mca bak gulai babi pun tak berani nak berhujah.

Ni kan plak pasal teropong ajaib.

Anonymous said...

Ikut rentak ph, hancur negara. Tak konsisten. Kejap letak jawatan. Kejap nak balik. Bila agong lantik yiddin, terbeliak bijik mata. Agong pun tak larat nak ikut rentak ph.

Anonymous said...

Sebelum PRU14, professor kangkung dan pusat 'kajian' (pusat propaganda) syok sendiri yang pro-PH telah meramalkan kononnya parti Islam PAS akan kalah di semua kerusi DUN dan AP bahkan kononnya PAS akan kehilangan Kelantan.

Alhamdulillah PAS berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Terengganu dan sekarang Kedah dan PAS berjaya mendapat 18 kerusi parlimen.

Dalam masa yang PH kalah secara total di Kelantan dan Terengganu. Padan muka !

Tepuk ...........

Anonymous said...

Banyak sangat berita palsu dari ph. Tak da yg betul melainkan palsu belaka.

Anonymous said...

RBA ternakan gonna end berfungsi sebagai syaitan melaga-lagakan ulama-ulama Islam supaya umat Islam berpecah belah dan gonna end boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa membuat pengumuman keluar dari PKR.

Keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai timbalan ketua Wanita PKR pusat, serta keluar dari parti berkuat kuasa hari ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails