Friday, April 03, 2020

Antara 2 Hadiah. Untuk Presiden PAS& L K Siang..

Kit Siang kata Hadi marah sebab DAP tak sokong beliau jadi PM ...

I. Hadiah Untuk Presiden PAS.

Sesungguhnya Tuan Guru lebih daripada layak.
KEPUTUSAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah adalah satu keputusan yang bukan sahaja tepat, tetapi juga penting untuk kepentingan strategik negara – termasuk dalam situasi kita berhadapan krisis pandemik COVID-19.

Sesiapa yang mendalami kajian politik Antarabangsa dan Asia Barat pasti akan bersetuju bahawa langkah ini cukup kritikal. Ada yang bertanya mengapa kita memerlukan Duta Khas untuk Timur Tengah sedangkan kita sudah memiliki Menteri Luar iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jawapannya cukup jelas jika kita memahami orientasi dan hubungan politik luar kedua-dua Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Datuk Seri Hishammuddin. Datuk Seri Hishammuddin Hussein memiliki hubungan yang cukup erat dengan para pemimpin Kerajaan Monarki Arab seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, dan Kuwait.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula cukup berpengalaman dan memiliki hubungan erat dengan gerakan Islamis di Timur Tengah seperti Kesatuan Ulamak Muslimin Sedunia, Ikhwanul Muslimin, Hamas Palestin, serta pelbagai gerakan Islam lain di Turki, Tunisia, Maghribi, Qatar, dan juga Iran – antara seteru monarki Arab.

Sinergi antara Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memiliki hubungan erat dengan pemimpin Monarki Timur Tengah dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memiliki hubungan mesra dengan para pemimpin dan gerakan Islamis ini pasti akan memberi manfaat kepada kepentingan strategik negara – termasuk dalam konteks kita berhadapan dengan COVID-19.

Sebagai contoh, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus) telah berikrar untuk meneroka pasaran baru untuk industri sawit negara dan ‘bukan hanya bergantung kepada pasaran sedia ada sekarang iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama iaitu India, China, Eropah dan Amerika Syarikat’.

Di sini dalam potensi industri sawit sahaja kita boleh memanfaatkan sinergi Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membantu hampir sejuta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang minyak sawit khususnya.

Begitu juga dalam isu Palestin dan Baitulmaqdis yang dijajah Zionis Israel serta disokong Amerika Syarikat. Ketegasan Tuan Guru Abdul Hadi Awang bakal memposisikan Malaysia sebagai negara yang tidak mudah tunduk dengan Imperialisme Zionis.

Jelas Perdana Menteri sendiri dalam kenyataan media beliau merujuk pada ketokohan Tuan Guru Hadi Awang yang bukan sahaja bekas Naib Presiden Kesatuan Ulamak Muslimin Sedunia, tetapi juga diiktiraf sebagai antara 500 Muslim Berpengaruh di Dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani dari The Royal Islamic Strategic Studies, Jordan pada 2016. 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Al-Azhar (Mesir) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. 

Ketika ramai masih terperangkap dengan pemikiran sempit yang hanya melihat geopolitik dengan pandangan hitam putih dua kutub sahaja yang kaku, jumud, dan rigid – seperti hanya antara ‘Iran vs Arab Saudi’, atau ‘Amerika vs Rusia’, atau ‘Iran vs Amerika’, ‘Syiah vs Sunni’, atau ‘Turki vs Syria’ semata-mata, Tuan Guru Abdul Hadi Awang jelas menegaskan sudut pandang kepentingan geopolitik Islam merentas negara-bangsa tertentu sahaja – bahkan bersifat fleksibel menurut keutamaan semasa.

Pendirian Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini bersifat mengutamakan kelompok negara yang lebih utama dalam memberikan hasil positif kepada kepentingan politik Islam, tanpa meletakkan kebergantungan kepada satu kuasa semata-mata.

Dalam masa yang sama, beliau tidak hanya meletakkan sandaran kepada negara-negara Islam semata-mata, sebaliknya turut mendukung kerjasama dengan negara kuasa besar yang mampu mengimbangi kuasa besar yang lebih memudaratkan kepentingan politik Islam. Jelas, Rusia ialah kuasa besar yang memberi lebih banyak manfaat kepada perjuangan politik Islam.

Ringkasnya, pendirian Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah seperti berikut: 

umat Islam perlu berusaha untuk mengimbangi pengaruh Amerika dengan Rusia. Antara Iran dengan Amerika, umat Islam perlu memberi sokongan kepada Iran. Hal ini cukup jelas kerana Iran membantu perjuangan Hamas dan Jihad Islam di Palestin, di samping mengimbangi Zionis yang disokong Amerika di Lubnan melalui Hezbollah. 

Namun begitu, umat Islam tidak hanya 100 peratus bergantung pada Iran, tetapi juga perlu memberi sokongan kepada Turki dan Qatar serta negara-negara Islam lain yang menyokong perjuangan Islam. Apa yang pasti, sokongan tidak diberi Imperialisme Amerika serta Zionis Israel.

Iran pula seperti mana menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri, ‘menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh’. Hal ini jelas membezakan Iran di bawah Ayatollah Ruhollah Khomenei dahulu dengan Ayatollah Ali Khamenei hari ini.

Justeru seruan beliau: ‘Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya’.

Semoga Allah membantu Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menjalankan tugas beliau sebagai Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah.
Seeru A’la Barakatillah.

Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 3/4/2020

II. Hadiah Untuk DAP/Lim Kit Siang

UEC: Selamat tinggal DAP dari Putrajaya.
GAMIS menyambut baik keputusan DAP untuk keluar dari Pakatan Harapan apabila kerajaan mengambil keputusan tidak mengiktiraf UEC sebagai satu peperiksan rasmi dalam sistem pendidikan di Malaysia.

GAMIS mengucapkan selamat menjadi pembangkang kepada DAP lantaran masih degil mempertahankan sikap rasis mereka mempertahan UEC.

GAMIS terharu melihat kesungguhan DAP menjulang pendidikan UEC berbanding pendidikan sedia ada sebagai satu senjata untuk menjadi King Maker dalam institusi kerajaan. Malah, DAP terlalu yakin tuntutan mereka akan diberi perhatian oleh KPM yang dipangku oleh Tun Dr Mahathir.

Mengambil semangat tuah Tahun Baru Cina, GAMIS berbesar hati menyatakan komitmen penuh untuk membentangkan karpet merah menunjukkan jalan keluar dari Putrajaya kepada DAP dengan disertai kumpulan pancaragam.

GAMIS juga sedia mengambil alih tugas Bentara mengiringi keluar Nga Kor Ming dari Dewan Rakyat kerana kerelaan beliau untuk melepaskan jawatan.

GAMIS menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama GAMIS mengiringi perarakan keluar DAP dari Putrajaya.
“Demi Islam, Mahasiswa Bangkit”

SAIFULLAH BAIDURI
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
30 Januari 2020M | 06 Jamadil Akhir 1441H – HARAKAHDAILY 30/1/2020


Sekian, harap maklum.

Lihat sebelum ini..

6 comments:

Anonymous said...

Harap nuwar, nuwar pro israel dan dap. Nuwar anti pn dan islam. Sebab nuwar islam liberal.

Lelakidicermin said...

Budak kg selatan..walaun atas tu bodoh..
Islam dlm hidup dia...solat puasa je... soal apa2 kehidupan kita di dunia nak jawab kat SANA nanti.. mana dia faham..

Anonymous said...

Hadi mintak jawatan ni kerana tak ada jawatan yg sesuai dlm kabinet dan khazanah.

Hadi boleh pegi makan angin berbayar....urusan hubungan antara negara sudah ada duta..

Anonymous said...

RBA bahlol ternakan DA-Pigs tidal peduli tentang dosa. Mereka diupah dedak cap roket untuk menyebarkan fitnah.

Anonymous said...

RBA bahlol ternakan parti kafir harbi sibuk menjilat gian end tak basuh berak dan menfitnah ulama Islam kerana RBA dan pemimpin DA-Pigs adalah musuh Islam yang sibuk menyebarkan fitnah untuk melaga-lagakan umat Islam.

Orang bodoh sahaja percaya pada DA-Pigs Dan KHADAM liberalnya

Anonymous said...

Yang sudah2 terbukti bahawa tghh menjadi bahan fitnah hancing group. 90 million jadi bahan lawak sekarang. Sekarang ni fitnah kepada tghh adalah bahan lawak. Rakyat sudah faham strategi ph terhadap pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails