Tuesday, March 31, 2020

Tun Daim Rasuah Babitkan Projek Bawah PH ECRL RM44 Bilion?

TUN Daim. FOTO Arkib NSTP
SPRM terima laporan dakwa Tun Daim rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Laporan itu dikatakan berhubung pemberian kontrak membabitkan rundingan semula projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Bakri, ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.
“Saya mengesahkan menerima satu laporan berhubung perkara itu.
“Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat tambahan ketika ini,” katanya.
Difahamkan laporan terhadap bekas menteri kewangan itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Sebelum ini, kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memaklumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion akan dilaksana dan dilancarkan semula pada 25 Julai tahun lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rasuah, korek jangan tak korek! Rentab terus biar terbongkar akar umbinya!

1 comment:

Anonymous said...

Ingat Madey nak sangat jadi PM sebab nak betulkan malaysia yg kononnya telah rosak angkara najib. Inilah agenda sebenar Madey and kroni, nak pulun harta selagi boleh. Terasa rugi sangat bila terlucut jawatan perdana menteri. Sanggup beli mp, seperti kata sabu pelacur pun lebih bermaruah banding mp yg dibeli oleh pelanggannya iaitu Madey.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails