Monday, March 30, 2020

‘Pakej Makcik Kiah Tertipu’ Bang Non (Nuar) Tertinggal Terkial-kial..


Populariti Makcik Kiah jauh tinggalkan Bang Non

NAMA Makcik Kiah, tiba-tiba meletup dengan pantasnya disebalik negara sedang berperang dengan wabak COVID-19 sekarang. 

Ini adalah kerana namanya diletupkan oleh sosok yang terpenting negara ketika ini iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia, di waktu seluruh rakyat tertunggu-tunggu pengumuman pakej rangsangan kepada rakyat bagi menangani masalah ekonomi yang terjejas kerana wabak ini.

Siapa Makcik Kiah? Tiada siapa yang mengenalinya. Tetapi apa yang Makcik Kiah dapat, sungguh mengujakan rakyat. Ianya datang dari bantuan kerajaan kepada golongan marhaen. Makcik Kiah dijadikan contoh sebuah keluarga yang mendapat hampir semua pakej yang ditawarkan oleh kerajaan. Bertuah sungguh Makcik Kiah, kata rakyat yang menonton ucapan itu. Mereka semua gembira dan berpuas hati dengan pakej itu.

Nun jauh di sudut sebuah perpustakaan kecil di dalam sebuah mahligai di Segambut, melalui sebuah rakaman video, duduk seorang tua yang sungguh berazam menyedarkan rakyat atas apa yang dikatakan beliau sebagai penipuan pakej rangsangan. 

Kata kumpulan mereka, ‘Pakej Makcik Kiah Tertipu’, merujuk kepada pembohongan PM terhadap tawaran-tawaran yang kabur dari kerajaan. Beliau ialah Bang Non atau Pak Syeikh, nama gelaran yang amat sinonim kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, oleh rakan-rakan politik lama beliau. Bang Non cuba juga menaikkan nama Makcik Som dari Permatang Pauh dan Pak Mat dari Bagan Pinang di Port Dickson, tetapi nama Makcik Kiah sukar ditewaskan.

Bang Non telah mencuba sebaik mungkin, tetapi tetaplah nama Makcik Kiah disebut orang. Bang Non cuba mengajak rakyat melihat dengan mendalam akan pengiraan yang telah dilakukan oleh Kerajaan PN. Kata beliau ianya bukan berjumlah RM250 bilion seperti yang didakwa. Ianya cuma bernilai sekitar RM25 bilion sahaja. Maka Makcik Kiah dibimbangi tertipu oleh pakej rangsangan ini. Segeralah bertaburan kiraan-kiraan oleh pakar-pakar formula PH di medsos. 

Banyak yang perlu PH lakukan dalam masa yang singkat dan cemas ini. Ianya mesti suatu perkara berkenaan memberikan malu yang teramat besar kepada PN, bagi mendapatkan kembali keyakinan dari rakyat, setelah mereka teruk dikutuk dan dihina kerana ditipu hidup-hidup oleh bekas ketua pakatan mereka sendiri, Tun Mahathir. Kiranya, selain dari Covid-19, PH terpaksa juga berhadapan dengan rakyat.

Maka Bang Non dengan berani dan perkasa, mencabar kerajaan agar membuka gelanggang Parlimen bagi semua Ahli Parlimen memperbahaskan sebelum pakej ini diluluskan. Tanya Bang Non lagi, dari mana datangnya sumber wang yang banyak ini, bagi dia menunjukkan kepada rakyat yang sememangnya kerajaan tidak mempunyai wang.  Rakyat, ramai semakin lapar. Berbahas menambah lagi masa berlapar.

Lalu apa sebenarnya yang dimahukan Bang Non untuk perkara ini mahu dibahaskan di dalam Parlimen? Ada peruntukan kerajaan menggunakan wang tabungan atas perkara kecemasan. Ianya bukan suka-suka dibuat demikian. Jadi amat difahamilah oleh orang politik iaitu Bang Non hanya mahu ditonjolkan dirinya agar dilihat turut menggembleng tenaga.

Supaya dilihat orang dia juga sibuk, nampak pada pandangan orang dia juga ada menyertai dalam memberikan sumbang saran kepada pakej ini, orang akan tengok dia juga berkerja untuk rakyat walaupun bukan kerajaan, diharap rakyat perhatikan yang dia juga mempunyai kualiti menjadi Perdana Menteri.  
Apa terjadi sekarang? 
Bang Non hanya membebel di medsos sahaja. Bang Non tidak berjaya menaikkan _rating_ memuji beliau, tetapi ribuan komen-komen yang singgah di medsos ialah makian, cercaan, kehinaan dan sumpah seranah. Bang Non tidak biasa dengan keadaan hina ini. Bang Non selalunya dipuji kerana Bang Non hebat. Jadi Bang Non perlukan pentas rasmi bagi mempersembahkan kebolehannya.
Kerana nanti setelah berbahas beberapa hari, pada akhirnya Bang Non akan menggulung turut bersetuju untuk pakej ini tetapi dengan beberapa penambahbaikan darinya. Jadi nampaklah ianya secara rasmi pakej ini juga dipersetujui oleh Bang Non yang juga tinggi kecaknaannya kepada rakyat. Dan fikirnya rakyat akan melopongkan mulut mereka terpesona dengan formula dan hujah-hujah Bang Non bagi masalah ini.
Dalam politik, taktik ini dikira sebagai taktik asas dalam mencari ‘glamour’. Menumpang pentas orang yang terkenal dan disukai bagi dia turut menayangkan dirinya. Sebab itu PM tidak melayan kehendak Bang Non untuk menumpang populariti beliau. PM sekarang amat popular dan disayangi rakyat. Kerana itulah Makcik Kiah menjadi ‘glamour’ begitu pantas dalam masa hanya sehari, kerana dapat menumpang PM.
Nyata Bang Non jauh terperosok ketinggalan di belakang dalam mengejar populariti. Makcik Kiah yang entah siapa, dari mana, dengan tenang memotong Bang Non di selekoh dan meninggalkan Bang Non yang terkial-kial menahan makian rakyat dengan formulanya. Nama Bang Non sudah pudar di persada politik tanah air, mungkin buat seminggu dua ini dan diharap akan lebih panjang lagi tempohnya.
Bang Non gagal dengan formula gelaran ‘Kerajaan Pintu Belakang’, tewas dengan formula turun harga minyak, tumpas dengan idea serah jawatan PM oleh Tun M, kalah dengan TS Muhyiddin dalam mendapat perkenan YDPA sebagai PM, tidak memenangi hati rakyat jelata dek kerana politiknya tidak kira tempat dan keadaan. Sekarang ini pula, jauh ditinggal di belakang oleh Makcik Kiah. Malang sungguh Bang Non.
Segalanya tidak menjadi bagi Bang Non yang dilihat bagai mati kutu. Walaupun begitu, semangat juangnya tetap tinggi dan terpuji. Bang Non tidak mengalah, apatah lagi kepada Makcik Kiah, kerana taraf Bang Non ialah bakal PM, manakan sama dengan Makcik Kiah. Dengan sisa pengikut politik yang masih setia dengan Bang Non, nama dikata menyerah, pantang sekali. “Lawan tetapppp…Lawannn!!!”, seru Bang Non.
Ya Bang Non akan bangkit dan mesti bangkit. Tetapi dengan isu apa? Kerajaan muflis? Sudah dibuktikan ada wang. Kerajaan menipu? PH yang gagal tunai janji dulu. Kerajaan tidak cekap? PH yang ramai Menteri tiada sijil. Bang Non ajak rakyat kutuk kerajaan, balik-balik Bang Non yang kena maki, kena kutuk.
Atau mungkinkah Bang Non dah dapat jumlah Ahli Parlimen yang sokong Bang Non. Lalu Bang Non ajak PM buka Parlimen, bukan nak bahas pakej, tapi nak buat undi tak percaya kepada PM, untuk Bang Non pula menjadi PM. Bang Non ni kan, pening….pening sungguh.
MOHD NASIR ABDULLAH
28 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 28/3/2020

9 comments:

Anonymous said...

Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,

buatlah kerjja kerna Allah tak payah nak bangga sangat
jngan khianati janji seperti yang diucap dalam solat setiap hari
nanti rugi

dah kena musibah pun tak sedar kediri lagi maseh nak berbalah
tak kira sapa pung
musibah ada lagi menanti di depan
hati hati

Anonymous said...


Manusia akan terus berperang hinggalah ke masa2 aman di FASA ke 5 kehidupan umat Muhammad saw. Untuk ke saat itu Islam akan terus diKEROYOK walau oleh pemimpin negara umat Islam sendiri!!!

Sunnatullah tidak mungkin dihindari. Apa yg perlu, GENGGAM BARAAPI itu sampai ke FASA ke 5 itu.

Anonymous said...

Pru14 peeH cuma ada 47% undi keseluruhan.
Lepas setahun masing2dah pakat lari terbukti dgn 5prk peeH tumbang.
Bila dah berpecah tinggal berapa % peratus lagi yg bersama peeH?

Mana ada kerjaan pintu belakang..
Yang ada adalah Peralihan Ketua Pentadbir Kerajaan Mengikut Perlembagaan.

Pada masa Tun meletakkan jawatan peeH telah tiada majoriti sebab pari nuwar dah berpecah dan pbbm dah keluar peeH.
Nuwar tak boleh jadi pm sebab sd yg sokong dia adalah minoriti.. dlm perlembagaan tiada peruntukan untuk dibentuk kerajaan minoriti jadi usaha geng2 anuwar+anuwarinas+dapigs+pandapigs untuk merogol dan meyodom perlembagaan dgn usaha membentuk apa yg mereka namakan sebagai 'Kerajaan Minoriti' telah gagal.
Dan usaha mereka untuk memperalatkan Tun untuk Merampas Kuasa juga gagal sebab cuma ada 108 mp sahaja lagi yg sedia bersama peeH pada masa tu.

Oh ya.. mp2 pbbm lawan Tun?? Hihi..
Aku pasti yg ianya tidak munkin pd waktu tu.. yg berlaku adalah Tun yg mengarahkan mereka menyokong Moyiddin, dan lain2 mp dari pelbagai parti akan menyokong calun pm yg tiada dapigs & pandapigs. Jadi moyiddin menang.

Dan kerana apa TunM bertindak meletakan jawatan? Nih kena tanya sinuwar yg telah coba merampas kuasa yg gagal, Dua mesyuarat ketua2 parti dlm peeH dlm masa sehari siang sambung malam telah menceritakan segala2nya.
Semua bertindak mcm ganster terhadap TunM, mengugut dgn biadab terhadap TunM supaya akur dgn kehendak mereka telah menjadi peringatan terakhir untuk TunM bertindak.
Dengan satu hembusan lemahlembut, gemalai dan bergaya.. semua ganster bengis peeH tersungkur rebah melutut pada TunM.

TunM memang legend.

Anonymous said...

Apa yg aku tulis tu buka bermakna aku nih pentaksub TunM, tapi sekadar menyatakan fakta. Baik buruknya dia, Dia memang Legend.

Anonymous said...

Musibah terbesar sumbangan PeeH pimpinan DA-Pigs:

(1) kencing rakyat rakyat dengan pelbagai janji palsu, fitnah, pembohongan dan u-turn

(2) ekonomi negara, pelaburan dan nilai Mata wang merundum, hutang kerajaan meningkat, aset dijual murah, tabung umat Islam disamun,

Dan

(3) kemasukan rakyat China Komunis bersama virus covid-19 menyebabkan virus tersebut membiak dan merebak ke seluruh negara

Anonymous said...

KERAjaan PH terbubar sebaik sahaja TDM meletakkan jawatan. Maka tindakan rakyat melalui ahli parlimen mereka membentuk kerajaan baru PN adalah SAH dan selari dengan Perlembagaan negara dan undang-undang.

Kita ucapkan syabas kepada Kerajaan PN kerana bersikap proaktif membantu rakyat dan menentang dan mengawal wabak covid-19.

Anonymous said...

Nampaknya puak Pee H gila kuasa cuba menangguk di air keruh untuk memburukkan keadaan di waktu rakyat sedang menderita kerana wabak covid-19.

Cukup-cukuplah puak Pee H berusaha untuk sabotaj usaha murni kerajaan baru menolong rakyat menentang covid-19.

Anonymous said...

Masa ada kuasa tak nak kerja sungguh sungguh. Banyak menipu. Prestasi merudum. Yang jadi menteri pulak ramai yg tiada kelayakan. Cakap bukan main tinggi lambongnya. Kemudian kacau kedudukan bumiputera, islam dan raja raja. Yg ketua parti asyik berebut kerusi pm. PM ke 7 pulak gila pulun harta, macam harta tu bekalan selepas mati. Sekarang meghoyan macam orang gila talaq terutamanya si nuwar yg kaki l---t.

المتوكل على الله said...



شركة رش مبيدات بالرياض
افضل شركة رش دفان بالرياض
شركة مكافحة حشرات بالرياض
شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
افضل شركة مكافحة النمل الاسود بالرياض
شركة مكافحة الحمام بالرياض

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails