Saturday, April 04, 2020

Hati-hati Imej Wanita Seksi Di Digital Classroom, KPM -Presiden iGuru



BANGI, 9 Syaaban 1441H, Jumaat – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta supaya lebih berhati-hati sebelum meluluskan sesuatu imej grafik untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan mendakwa, hal ini kerana imej grafik yang digunakan dalam sesi P&P di laman web Digital Classroom di bawah tajaan KPM memaparkan wanita yang seksi.
Beliau berkata, adalah lebih elok sekiranya pihak kementerian dapat memaparkan imej wanita yang berpakaian sopan walaupun tidak bertudung.
“Apakah pihak KPM terlepas pandang imej wanita seksi untuk Digital Classroom ketika mengedarkan aplikasi program ini.
“Sepatutnya pihak KPM berhati-hati dan memastikan imej yang dipaparkan itu berpakaian sopan dan beradab,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Digital Classroom merupakan platform pendidikan yang memberi fokus kepada pengisian untuk para pendidik dan pelajar.
Laman web berkenaan menawarkan sesi pembelajaran maya dengan bantuan Microsoft Team dan Youtube Live bersama-sama pendidik yang pakar dalam bidang masing-masing.
Mereka turut menawarkan sesi pembelajaran untuk pelajar yang bakal berdepan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Reka Bentuk Gadis Duyung Kartun Seksi Dengan Elemen Komersial ...
Reka Bentuk Gadis Duyung Kartun Seksi Dengan Elemen Komersial ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails