Monday, March 30, 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi, Mengpa PH Meroyan?


Muslihat Sebenar PH Desak Pakej Rangsangan Ekonomi Di Bahaskan Di Parlimen

Sejak Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dinamakan Skim Prihatin Nasional berjumlah RM250 bilion, pemimpin Pakatan Harapan mendesak supaya diadakan sidang Parlimen tergempar kononnya untuk Pakej Rangsangan Ekonomi itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Alasan yang diberikan Pakatan Harapan ialah jumlah dana yang begitu besar, mestilah mendapat kelulusan dari Parlimen dahulu sebelum ianya boleh dilaksanakan.
Berikut antara pemimpin Pakatan Harapan yang keluarkan kenyataan :

Anwar Ibrahim mahu supaya Skim Prihatin Nasional dibahaskan untuk diperincikan supaya ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan tidak berlaku ketirisan (BACA DI SINI).

Lim Kit Siang pula memberikan alasan Malaysia ialah negara demokratik dan setiap perbelanjaan dari khazanah negara mesti mendapat pandangan dan kelulusan dari Ahli Parlimen sebelum boleh dilakukan (BACA DI SINI).

Persoalannya, bukan sahaja Malaysia, malah hampir seluruh dunia berada dalam kecemasan akibat dari wabak Covid-19, jadi apakah kerajaan perlu mengadakan sidang parlimen khas untuk Ahli Parlimen bahas dan luluskan pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan?

Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara Eropah telah pin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat mereka dan merangsang ekonomi domestik mereka ketika pasca wabak Covid-19 bagi mengelakkan terjebak dalam kemelesetan ekonomi tanpa perlu mendapatkan kelulusan dari parlimen atau pun ahli senat (BACA DI SINI).

Kenapa?

Kerana sama ada kerajaan atau pun pihak pembangkang mereka sedar, dalam keadaan kecemasan seperti sekarang, rakyat dan negara perlu diberi keutamaan dan bukannya terus bermain politik.

Ini berbeza dengan sikap pembangkang yang ada di Malaysia.

Bukanlah tujuan sebenar mereka mahu Sidang Khas Parlimen diadakan untuk membahaskan Pakej Rangsangan Ekonomi atau mendaulatkan amalan demokrasi di Malaysia.

Tetapi tujuan utama mereka ialah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang (BACA DI SINI).

Benar, Lim Kit Siang kata perkara lain seperti isu menukar Speaker Dewan Rakyat, usul undi tidak percaya tidak boleh dimasukkan dalam perbahasan Sidang Khas Parlimen tersebut.

Tetapi sekiranya, Pakej Rangsangan Ekonomi tidak mendapat sokongan majoriti, maka dengan secara tidak langsung, Pakatan Harapan dapat membuktikan bahawa Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ini dengan sendirinya akan membawa kepada usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Apa akan berlaku seterusnya?


Maka proses perletakan jawatan Dr. Mahathir sehingga perlantikan Perdana Menteri baru akan berulang sekali lagi dan campurtangan SPB YDP Agong akan sekali lagi diperlukan.

Apa akan terjadi kepada Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan?
Dengan sendirinya ia akan terbatal.
Siapa yang akan menjadi mangsa?

Sudah terang lagi bersuluh, sudah pasti rakyat yang kini memang berada dalam kesusahan dan baru mahu menarik nafas lega, akan menjadi lebih susah kerana bantuan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Tapi sekiranya Pakej Rangsangan Ekonomi itu diluluskan, apa akan jadi pada Pakatan Harapan?

Mereka tidak rugi apa-apa kerana sekarang ini mereka sememangnya pembangkang tetapi sekurang-kurangnya mereka telah mencuba untuk menumbangkan kerajaan dan yang akan terkesan ialah rakyat kerana bantuan akan memakan masa yang lebih panjang sebelum sampai ke tangan rakyat.

Itulah wajah sebenar Pakatan Harapan.

Mereka tidak peduli dengan kesusahan rakyat, mereka tidak peduli berapa ramai telah dijangkiti dan mungkin akan dijangkiti, mereka tidak peduli dengan angka kematian Covid-19 yang semakin meningkat.

Yang mereka peduli ialah mahu berkuasa kembali di Putrajaya, walau pun bayarannya ialah penderitaan rakyat!!!

5 comments:

Anonymous said...

Teruskan Meroyan.
Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian eng meneruskan hasut ganggu..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian eng.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng..
Mereka bangga disebut macam tu.

Hiiiiiiiii

cik minah said...

Padan muka..
Hiiiii

Anonymous said...

Elok keluar waran tangkap untuk nuwar dan siang kit kerana ada unsur tidak patuh pkp. Mencadangkan mp keluar rumah dan berkumpul untuk bersidang. Keadaan darurat melarang keluar rumah dan berkumpul. MP PH yg meghoyan perlu dikaunselingkan.

Anonymous said...

Rakyat sedang menderita kerana wabak covid-19 tetapi puak Pee H sibuk berpolitik bodoh berlapis-lapis untuk menangguk di air keruh untuk mengeruhkan lagi keadaan. Cukup-cukuplah Pee H kencing rakyat.

Anonymous said...

Sukan olimpik dah ditangguh ke tahun depan dan byk lagi perkara acara didunia ditangguh ke tahun depan.

Sidang parlimen mesia pun mesti ditangguh lebih2 lagi aritu ada mp dapigs yg mempuyai virus covid19 dalam badannya, berkumpul bersama2 mp2 lain dan menjangkiti orang lain.. sehinggakan TunM pun terpaksa kuarantinkan diri sendiri sebab merasakan perlu kerana berkontak dgn mereka2 yg mempunyai kovid19 dalam badan mereka.

Pehak polis sepatutnya menyiasat mereka ini sebab telah hadir dalam majlis ramai dengan membawa virus civid19 dalam badan mereka.
Polis kena siasat adakah mereka sengaja berbuat demikian dengan sesuatu tujuan tertentu. Juga kena siasat siapa yg pernah mereka bertemu sekurang2nya sejak november 2019.
Kita kena tahu samada dia betul2 menjadi mangsa wabak covid19 atau munkin merupakan ahli pasukan pembawa virus covid19.
Pasukan keselamatan juga hendaklah menyiasat samada wujud gerakan subversif di mesia yg melakukan kerja2 penyebaran virus covid19 & cov2 bagi tujuan tertentu dan menjadi agen pehak luar yg begitu kuat berusaha melemahkan mesia.

Kita tidak boleh memandang remeh pada setiap benda besar begini berlaku.
Dan boleh aku katakan.. satu benda yg juga mempunyai ciri2 perancangan jahat yg berlaku diseluruh negara telah lebig dari 5-6 tahun tetiba jadi terhenti sejak ada perentah kawalan nih.
Kalau korang sensitif dengan event tertentu sejak itu.. tentu korang perasan. Aku dari dulu perkara tu adalah usaha sabotaj dan subversif kerana byk berlaku dan berulang2 berlaku dikawasan penempatan melayu/pribumi.

Peace.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails