Sunday, March 29, 2020

Getah/M.Sawit: Beberpa Bulan Lalu AS Kecam, Kini Akur.

GAMBAR Hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Sumbangan besar getah, minyak sawit Malaysia


GETAH menjadi tumpuan di saat-saat sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan, terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu.
Malah, Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menerusi ciapan Twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan digunakan barisan wiranya - saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan, didatangkan dari Malaysia!
Ironinya, hanya beberapa bulan lalu, Malaysia dikecam AS atas dakwaan salah satu syarikat tempatan menggunakan khidmat buruh paksa dalam operasinya.
Berikutan itu, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat berpejabat di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP).
Bagaimanapun, lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik Covid-19 menyebabkan AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat itu pada 23 Mac lalu.
Walaupun permintaan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai atau 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia, eksport WRP hanyalah mencecah tiga bilion helai yang mencerminkan langkah kecil syarikat itu sebelum meraih kejayaan di masa depan.
Di sudut lain, demi menampung lonjakan mendadak permintaan itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa mendapatkan kebenaran kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar terbesar sarung tangan perubatan, MARGMA perlu memastikan bekalan itu mencukupi untuk kegunaan hospital dan petugas kesihatan dalmn usaha memerangi pandemik itu, kata Presiden persatuan, Dennis Low.
MARGMA dijangka menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan pada tahun ini, iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia.
Ketika industri sarung tangan getah berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan itu, pengeluar tempatan satu lagi produk berasaskan getah iaitu kondom, menjangkakan berlakunya pengurangan mendadak produk itu berikutan perlu menggantung operasi susulan PKP itu.
Sebagai contoh, Karex Berhad yang mengeluarkan satu daripada lima kondom dunia, tidak mengeluarkan sebarang produk itu sejak 18 Mac lepas lalu PKP dikuatkuasakan.
Laporan media turut mengetengahkan kekurangan sehingga 100 juta kondom, lazimnya dipasarkan oleh jenama antarabangsa seperti Durex, yang dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Brjitain atau yang diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Susulan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini, bekalan kondom dikatakan berdepan tekanan dan kekurangan ketara itu berkemungkinan besar disusuli dengan kelahiran ramai bayi dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya.
Dalam pada itu, minyak sawit Malaysia turut berperanan membantu dunia membendung Covid-19.
Minyak sayuran itu yang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama, banyak digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum bagi tujuan pembuatan sabun dan pencuci.
“Bahan ini tidak hanya membersihkan tangan dan pakaian anda, tetapi turut membunuh kuman termasuk coronavirus,” kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) Tan Sri Yusof Basiron menulis di akaun Twitter beliau : “Minyak sawit membantu ketika musim coronavirus apabila kita perlu berada di rumah. Malah, usaha memasak lebih mudah dengan menggunakan minyak sawit yang harganya amat berpatutan!”
Secara purata, Malaysia mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah dan kalangan penganalisis bimbang pengeluaran komoditi itu akan terjejas jika pandemik itu berlarutan dan mengekang keupayaan negara memenuhi permintaan global.
Jumlah simpanan minyak sawit Malaysia susut 4.2 peratus kepada 1.68 juta tan pada Februari 2020 daripada 1.76 juta tan pada bulan sebelumnya. -BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

Kenape harga getah tak naik jugak?..

Buah sawit jatuh harga tapi minyak sawit tak turun harga..

Bolehb menteri ladang sawit Pas turunkan harga minyak sawit ato naikkan semula harga sawit supaya tokey minyak sawit tak untung besar..

Anonymous said...

Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian eng meneruskan hasut ganggu..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian eng.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng..
Mereka bangga disebut macam tu.

Hiiiiiiiii

Anonymous said...

Nak Tanya je..PH suruh kerajaan PN guna duit rizab kerajaan sekarang..Duit Derma rakyat malaysia untuk bayar hutang anjuran kerajaan PH dulu dah declare pada rakyat ke?

Kemana duit derma bayar hutang negara rakyat Malaysia tu pergi ye PH?..masa tengah derita begini la bagi duit tabungan tu kembali kepada rakyat..Dulu PH minta rakyat bantu kerajaan PH..sekarang ni tak nak bantu Rakyat ke? Pulangkan la balik kepada rakyat..

Petronas bagi 20 juta derma untuk pembelian peralatan Hospital..Jack Ma alibaba dan kerajaan China berderma juga kepada Malaysia..Malaysia juga ada Bilionair yang tersenarai dalam mereka yang terkaya di dunia termasuk juga la kalau tak silap anak perdana menteri ke-7 kan..tak rasa nak berderma juga ke?..takut habis duitnya ye kalau berderma..? tanya je.

Anonymous said...

Cuma masa tengah duduk diam-diam ni ..tetiba terfikir di saat genting negara sebelum negara Malaysia ni di timpa musibah COVID-19..tiba-tiba takdir ALLAH kera Jaan PH tumbang..Mungkin ALLAH mahu kerajaan yang menggantikan kera Jaan PH bagi menangani musibah ini dengan lebih baik dari kera Jaan PH terdahulu..sekadar kongsi apa yang saya sendiri terfikir tak melibatkan siapa-siapa ye..

Anonymous said...

PM PH ialah seorang doktor perubatan. Tetapi bagaimana seorang doktor perubatan tidak ambil berat tentang langkah langkah menyekat covid 19. Seorang doktor perubatan adalah seorang yang bijak pandai, tiba tiba tidak pandai berurusan dengan pandemik covid 19. Tidak lain tidak bukan ialah kerana nafsu pangkat sudah mencengkam mata hati. Jadi gelap dan tidak bertimbang rasa kepada rakyat. Duit negara seolah olah milik dia. Kekayaan negara seolah olah milik dia. Kalau boleh semua kekayaan itu bertukar nama jadi miliknya sebagaimana yg telah dilakukan semasa menjawat PM ke 4.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails