Sunday, February 09, 2020

Kasut Lusuh Yang Ajaib. Pemimpin No 1 M'sia Kena Tahu..


Kasut lusuh peneman ke sekolah
SAIZ kakinya semakin membesar, tetapi pelajar perempuan ini masih setia mengenakan kasut lusuh dan kecil yang dipakainya sejak di bangku sekolah rendah.
Dengan bertemankan kasut koyak dan sempit itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Sabah itu tetap bersemangat menuntut ilmu setiap hari.
Kecekalan dan semangat pelajar berkenaan membuatkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah terbabit, Maisarah Hannan Chong Abdullah, 35, sebak sebelum membelikan kasut baru buatnya.

Maisarah berkata, pelajar terbabit dikenalinya sejak setahun lalu kerana terpilih sebagai penerima projek makanan percuma dikendalikannya di sekolah terbabit.
"Dia pelajar pandai di sekolah kami, tiada masalah disiplin dan bukan jenis suka mengadu dan meminta-minta walaupun memang datang dari keluarga susah.
"Tetapi, saya menyedari masalah dialaminya pada hari terakhir sebelum cuti sambutan Tahun Baru Cina, ketika mahu menyerahkan borang kebenaran ibu bapanya untuk membawanya ke program luar sekolah khusus untuk 10 pelajar kurang bernasib baik.
"Ketika inilah, saya perasan macam ada tidak kena apabila melihat kasutnya menggelembung dan padat seolah-olah dia memaksa kakinya memakai kasut sempit itu.
"Saya nampak bahagian depannya koyak dan berlubang, tetapi jauh di sudut hati saya tetap kagum kasutnya masih bersih," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Menurut Maisarah, hari pertama sesi persekolahan dibuka selepas cuti perayaan itu, dia membelikan kasut baru buat pelajar itu.
"Sebelum beli kasut, saya meminta pelajar itu buka kasutnya untuk mengambil ukuran kakinya.
"Ketika itu saya terkejut rupanya belakang kasut itu terlampau lusuh dan koyak lagi teruk berbanding bahagian depannya seperti kali pertama saya lihat.
"Hati saya sebak, pelajar itu memaklumkan rupanya dia sudah menggunakan kasut itu sejak di darjah enam lagi mungkin kerana keluarganya tidak mampu membelikan kasut baru," katanya.
Wanita yang aktif sebagai sukarelawan Perkalas@The 3rd Force itu menyerahkan kasut baru kepada pelajar berkenaan, 3 Februari lalu.
"Nampak riak mukanya terlampau gembira sebaik menyarung kasut baru itu.
“Sebenarnya ini bukan kali pertama, saya pernah uruskan kes pelajar lebih daif daripada ini, namun apa yang penting mereka dapat belajar dengan selesa.
"Terima kasih kepada penyumbang, saya berharap lebih ramai lagi pelajar yang mengalami nasib sama dapat dibantu selepas ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 8:00 PM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam sejarah Islam pemimpin nombor 1 negara, yang rakyatnya susah seperti di atas (Kasut lusuh yang ajaib), perlu bertanggung jawab. Contohnya seperti di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Umar Abdul Aziz dan lain-lain. Apalagi kalau pemimpin itu kayaraya seperti PM Malaysia sekarang? Kita tak mahu dengar alasan bebal 'kerajaan dulu' lagi?

Lihat ini..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tun M adalah antara 10 pemimpin negara terkaya di dunia. Mana yang lebih kaya berbanding Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sebelumnya? Kalau kekayaan Najib tidak dapat menandinginya, bererti Tun M mungkin PM pertama Malaysia yang dinobatkan menjadi antara 10 pemimpin negara terkaya di dunia.

Bagaimana kalau dilihat kehidupan pemimpin-pemimpin begini dari sudut Islam? Bandingkan kehidupan mereka dengan cara hidup pemimpin Agung Islam Muhammad SAW? Terutama dari sudut kemewahan dan pembaziran?

Mana lebih dekat cara hidup pemimpin-pemimpin begini dengan gaya hidup Rasulullah SAW berbanding kepimpinan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Kelantan), Hj Abdul Hadi (Terengganu), Ustaz Azizan Razak (Kedah)?


Lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

yg miskin ramai kat kelantan,suruh la pemimpin pas kelantan beli mercedes lg besar

Anonymous said...

Dah tak dak modal nak berhujah, pakai modal basi.
Kesian, peluloq juboq tak basuh gian eng. Dedak babi punya hal..
Kesian, kebulur sangat. anak cucu Raja Mendeliar mamak tongkang!
kesian.,

Anonymous said...

Kelantan ada minyak. Ada minyak, ada royalti. Ke mana lesapnya??? Janjinya nak dikembalikan. Dikencing lagi. Siapa yang kencing, siapa yang kena kencing. Kalau nak kata ph tu baik, seperti pepatah jauh panggang dari api.

Anonymous said...

Kerajaan PH kebas duit Royalti K'tan, semua dah tahu. Lidah mamak guan eng dan barua-barua, nak putaq apa lagi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails