Tuesday, February 11, 2020

Kemelut Senyum, "Saya Terus Jadi PM atau.." - Tun M.


Dewan Rakyat Penentu Saya Terus Jadi PM atau Tidak – Dr Mahathir
PETALING JAYA – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Dewan Rakyat dan ahlinya boleh menentukan sama ada beliau boleh terus jadi perdana menteri atau tidak.
“Kalau saya tak nak letak jawatan tetapi majoriti di dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Saya tak boleh jadi perdana menteri. Itu cara demokrasi.
“Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya,” katanya dalam satu temubual bersama portal online baru, The Malaya Post.
Beliau berkata demikian menjawab soalan berhubung janji penyerahan kuasa perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Mahathir berkata beliau tidak boleh menjadi perdana menteri jika tidak mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat, walaupun dapat sokongan parti majoriti.
“Ini jadi tanggungjawab ahli Dewan Rakyat. Kalau parti majoriti tetapi apabila mencalonkan seseorang, Dewan Rakyat tolak, dia juga tak boleh jadi perdana menteri,” katanya.
Menerusi persefahaman dalam kalangan pimpinan PH, Anwar akan diangkat sebagai perdana menteri ke-8.
Pada 14 Jan lalu, Mahathir menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan jika presiden parti dalam PH memintanya berbuat demikian.
Tarikh peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh 2 tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat.
Namun Anwar sebelum ini berkata beliau dijangka mengambil alih jawatan itu daripada Mahathir pada tahun ini namun tidak pasti tarikh yang tepat.
Dalam pada itu, Mahathir mengulangi pendirian akan memegang janji yang telah dibuatnya.
(STv)

Lihat Sebelum Ini..
E Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...
Hasil carian imej untuk catur politik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails