Wednesday, February 12, 2020

Bas Tanpa Pemandu. -Pemuda M'sia Berkreatif Di Finland.

Umar Zakir Abdul Hamid menjadi jurutera utama projek bas tanpa pemandu di Finland iaitu Sensible 4. — Foto Umar Zakir Abdul Hamid Umar Zakir Abdul Hamid menjadi jurutera utama projek bas tanpa pemandu di Finland iaitu Sensible 4. — Foto Umar Zakir Abdul Hamid
JOM KREATIF
KUALA LUMPUR, 12 Feb — Kenderaan yang bergerak sendiri tanpa pemandu sering kali kita lihat dalam pelbagai filem genre sains fiksyen.
Nampaknya teknologi itu tidak lama lagi akan menjadi kenyataan.
Hebatnya, antara orang yang bertanggungjawab memastikannya menjadi realiti adalah seorang pemuda dari Malaysia, Umar Zakir Abdul Hamid.
Beliau kini menjadi jurutera utama pasukan perancangan dan kawalan pembangunan algoritma bersama syarikat teknologi tanpa pemandu di Finland iaitu Sensible 4.
Syarikat itu berkerjasama dengan Muji Japan dalam menghasilkan bas ulang-alik pertama tanpa pemandu yang dipanggil Gacha.
“Pasukan kami bertanggungjawab membangunkan algoritma yang membantu kenderaan autonomi (AV) bergerak dan merancang semula destinasi dalam insiden yang tidak diingini,” katanya.
Sensible 4 sudah melancarkan ujian percubaan di beberapa bandar di Finland sejak Mac tahun lalu dan berhasrat memperkenal Gacha di Asia Tenggara tahun ini.
Mereka mensasarkan bas tanpa pemandu tersedia secara komersil tahun depan.
Umar merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam panduan, sistem navigasi dan kawalan AV.
Semasa pengajian doktor falsafah (PHD), Umar adalah ahli pasukan ‘Intelligent Drive’ pusat pengajian tinggi tersebut yang berjaya mempamerkan prototaip kenderaan tanpa pemandu di Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 2018.
Tidak dinyatakan sejak bila berada di Finland, namun Umar mempunyai enam tahun dalam bidang AV, malah menyertai lebih 10 projek di Malaysia, Singapura dan Jepun. (https://www.projekmm.com/)

SILA IKUTI..
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)  E-Buku IH-103: Siri 4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails