Monday, February 10, 2020

Juara Lagu: Gimik Syaitan Apa Pun Takpa, Asal Jangan Ikut...

Kumpulan Drama Band dikecam hebat selepas mereka berpakaian ala-Joker dan watak anime Jepun, Death Note. — Foto oleh Shafwan Zaidon Kumpulan Drama Band dikecam hebat selepas mereka berpakaian ala-Joker dan watak anime Jepun, Death Note. — Foto oleh Shafwan Zaidon
HALAMAN HIBURAN
Raptai lain, TV3 tidak jangka gimik luar biasa finalis Juara Lagu


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Elemen kejutan dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) di luar jangkaan stesen televisyen malah mereka tidak menjangka penambahan gimik dilakukan ketika siaran langsung.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata pihaknya sudah diberi taklimat ketika sesi latihan namun gimik tambahan di luar pengetahuan mereka.
“Dari segi perbincangan dan latihan, kita maklum konsep tetapi kita tidak maklum tambahan saat akhir yang artis selalu buat sebab benda ini live di televisyen.
“Itu kadang-kadang artis ekstra gimik, kita tidak tahu dan baru jadi keterlaluan yang keluar TV. Jadi ini antara contohnyalah,” kata Johan Ishak.
Tambah beliau, pihaknya menerima aduan beberapa pihak terutama warga maya berkaitan hal yang dikatakan melanggar Kod Kandungan dan akan meneliti dakwaan tersebut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sehubungan itu, beliau menegaskan masih terlalu awal buat pihaknya untuk menentukan sama ada wujud pelanggaran etika atau sebaliknya.
“Sesetengah itu dia keterlaluan malam ini. Jadi kita kena bincang dengan pihak artis adakah kita akan kena ambil tindakan selanjutnya.
“Bila benda ini (gimik keterlaluan) ada sangkut-paut dengan pihak berkuasa, Kod Kandungan dan sebagainya seelok-eloknya untuk kemakmuran masyarakat, kita tunggu dulu.”
Johan bersetuju dengan cadangan untuk memperketatkan lagi syarat persembahan artis ketika siaran langsung selepas ini dan berharap kebebasan kreativiti diberikan pihaknya digunakan sebaiknya oleh pihak artis.
“Proses kreatif ini tak boleh terlampau kongkong. Kalau kamu kongkong, memang tak kreatif. Jadi kita bagi kelonggaran pada artis fikir, guna dan sebagainya. Elemen yang kecil-kecil konsep dia.
“Tapi artis masa latihan, dia tak keluarkan sepenuhnya (gimik). Dia simpan rahsia dia,” kata Johan.
Johan berkata demikian dalam sidang media selepas AJL34 di Stadium Arena Axiata, di sini malam tadi.
Turut sama pada majlis itu Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio serta Ajai selaku Ketua Juri.
Johan diminta mengulas mengenai persembahan kontroversi membabitkan artis seperti Aina Abdul dan kumpulan Drama Band.
Persembahan Aina mendapat tentangan Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) yang mendakwa memberi mesej salah seperti mendorong seseorang yang kecewa dalam percintaan untuk membunuh diri.
Senasib dengan Aina juga kumpulan Drama Band, kedua-duanya dikecam hebat warga maya cuma bezanya persembahan mereka berpakaian kostum ala-Joker dan watak anime Jepun, Death Note.
Ia dikatakan sedikit menyeramkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat kerana mesej dipersembahkan cenderung kepada sindiran figura agama dan politik tanah air.
Teguran pelbagai pihak menyebabkan pihak stesen TV3 mengambil keputusan memadam muat naik klip video persembahan mereka di semua platfom digital stesen tersebut untuk siasatan lanjut.
Komen Weblog Ibnu HasyimJuara lagu malam tadi.. gimik syaitan apa pun takpa, asal jangan berhibur menurut syariat Islam. Itulah yang PH takut. Takut rakyat Malaysia jadi orang baik-baik, dan berakhlak mulia.  
Begitulah jadinya pemimpin Malaysia berguru dengan syaitan laknatullah yang direjam!


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)


Lihat sebelum ini..

9 comments:

Anonymous said...

Apa sahaja yang berlaku salahkan PH... Kerajaan Kelantan beli merc pun salahkan aje PH. Sajat jadi pondan kt Mekah pun salahkan PH... Naif sangat penjatuh hukum ni...

Anonymous said...

Dr MAZA pun kena hentam oleh penganut liberal ph. Adakah Dr MAZA naif??? Hanya kerana menolak liberal maka dicop naif. Kayu ukur naif mengikut mazhab liberal ph sangat rendah serta zero kualiti kerana tiada ukuran fiqh dan nas. Sedangkan bila Dr Maza menolak liberal, sudah tentu menggunakan ukuran fiqh, satu kemahiran yg perlu ada pada seorang mufti.

Pengikut liberal umpama jaguh ayam jantan, berkokok bising tapi ekor penuh najis.

Anonymous said...

Asal ahli PAS semuanya Islam, tibai bini orang pun kata ulama Islam !

Anonymous said...

Itulah yang PH takut? Takut rakyat Malaysia jadi orang baik-baik?, dan berakhlak mulia?

Hang ni dah la tua buat2lah berhenti fitnah orang. Toksah lah hang dok pikiaq yang hang sekoq ja betui orang lain semuanya salah. Insaflah, bertaubatlah sebelum hang tak dapat diselamatkan lagi.

Anonymous said...

Yg tibai ikut belakang, macam mana pulak. Ulama islam yg tibai bini orang!!! Benar atau fitnah????

Anonymous said...

Buktikan, janggan tuduh tuduh.Tunjuk bukti.. report polis atau lain2.

Anonymous said...

Cegah lebih baik dari rawat. Macam kes umrah baru2 ni. Daftarnya lelaki, umrahnya bertelekong. Jika awal dicegah lama sebelum berangkat, tidaklah malaysia dimalukan di negara ibadat haji dan umrah. Jadi bahan bualan tetamu ibadat umrah dari pelusuk dunia.

Situasi sama dengan peneraju kerajaan. Cegah dari dipimpin individu yang punya tabie luar biasa. Sebelum rakyat menanggung malu besar. Sebelum jadi bahan bualan pelabur dan pelancong asing.

Anonymous said...

sejahat2 akhlak ialah akhlak yang suka salahkan orang lain.herdik orang lain.dan perasan dialah bakal penghuni syurga...itulah SETAN N N N N SEJATI duhai admin

Anonymous said...

Menerngkan salah orang yang berbuat salah takkan salah?
Tidak mengatakan salah pesta maksiat, itu yang salah.
Mengatakan salah jilat juboq gian eng, itu yang tidak salah.
apa lagi makan dedak babi tukar dengan fitnah orang Islam, itu lagi salah
akan disambar api neraka..
bertaubatlah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails