Tuesday, February 11, 2020

ADUN DAP Pujut Dilucut, Milik 2 Kerakyatan. Khianat?

Terlucut dengan keputusan 7-2, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon hilang kerusi
Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh-dua. - Gambar fail/Foto Facebook

Terlucut dengan keputusan 7-2, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon hilang kerusi

KUCHING: Dr Ting Tiong Choon dari DAP hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa membuat keputusan itu susulan tindakan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang melucutkan kelayakan Ting kerana mempunyai dua kerakyatan.

Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh-dua.

Mahkamah Persekutuan mendapati DUN Sarawak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Dr Ting sebagai ahli kerana mempunyai dua kewarganegaraan meskipun beliau melepaskannya sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu.


BACA: PRK DUN Pujut dibatalkan - SPR

Pada 12 Mei 2019, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting pada persidangan DUN selepas usul dibentangkan oleh Datuk Seri Wong Soon Koh. 

Dalam usul tersebut, Dr Ting didakwa memiliki kerakyatan Australia selain diisytiharkan muflis dua kali di negara berkenaan di bawah pihak berkuasa kewangan sekuriti Australia pada 24 Jun 2012 dan 11 September 2012.

Dr Ting juga dikatakan pengundi berdaftar di Australia sekali gus melanggar perkara 17(1)(g) perlembagaan Negeri Sarawak. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berkhianatkah kepada negara ini kerana mempunyai dua kerakyatan?


Lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

Yang hadir reunion komunis pun elok gugur kerakyatan.

Anonymous said...

Sewajibnya dilucutkan kerakyatan Malaysia juga.

Ini perkara serius!!!

Anonymous said...

Payah juga nak gugur kerakyatan. Sebab anuar pasti menolaknya bila jadi pm ke 8. Tak caya tanya saifudin.

Anonymous said...

Undang-undang Malaysia tidak membenarkan rakyat mempunyai dua kerakyatan. Maka pemimpin DA-Pig yang mempunyai dua kerakyatan sepatutnya dilucutkan kewarganegaraan Msia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails