Monday, January 13, 2020

Polis Tahan GRO. Di Pusat Hiburan Rakyat M'sia?


ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan di sekitar Taman Perindustrian KIP, Gombak, tengah malam tadi. - Foto Saifullizan Tamadi. Lihat iklan 'Carlsberg?
HALAMAN HIBURAN


GOMBAK: Polis menahan seramai 14 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dua pusat hiburan sekitar Taman Perindustrian KIP, di sini, tengah malam tadi.
Serbuan bermula jam 11.50 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor, berkata pihaknya menangkap 11 wanita warga Vietnam dan bakinya setiap seorang dari Indonesia, Thailand dan Laos berusia antara 18 hingga 31 tahun.
“Antara kesalahan warga asing itu termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan permit serta pas lawatan ke negara ini.
“Turut dirampas peralatan untuk berhibur seperti alat pembesar suara, mikrofon dan televisyen, selain sejumlah wang tunai untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas serbuan berkenaan, awal pagi ini.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(3) akta sama, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 11 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa pihak kerajaan PH masih mempertahankan'pusat maksiat' sebagai pusat hiburan di negara umat Islam Malaysia? PH mendidik rakyat, untuk berhibur mesti buat maksiat? Jelas pemimpin negara umat Islam Malaysia, otaknya dijajah untuk ke neraka!
Sesuaikan hiburan di negara ini dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) Islam Agama bagi Persekutuan..

11 comments:

Wizard said...

Zaman bn tak ada ke ni semua.

Anonymous said...

PH kerjanya menyalahkan pemerintah lama. Lupa ditangannya ada kuasa sekarang.
Tapi takut pada sekutunya DAP. Potong buang bagi kat anjing saja. Dayus.

Anonymous said...

Premis niaga di mana GRO ditangkap rupa-rupanya milik MCA Pusat, sedara Hadi Awang.

Anonymous said...

Tak ada hujah nak jawab, fitnah. Mana bukti? Buat report polis..

Anonymous said...

Jangan bimbaang peluluq juboq tak basuh gian Eng masih diberi dedak..
hina macam anjing busuk kepala..

Anonymous said...

Bn dulu tiada oktober fest. Bn dulu takda pesta tattoo. Bn dulu tak ltte. Bn dulu tak de pemimpinnya keturunan komunis. Bn dulu tak de uec. Bn dulu tidak ada banduan kunyitan.

Anonymous said...

Sekarang pelancung cina dan india masuk tapi yg keluar balik sikit.
Tangkap jho low. Takkan itu pun tak boleh.

Anonymous said...

Wahai orang Islam termasuk penulis ini,

Mula baca Al Quran & tadabbur. Cari guru. Kebanyakan orang islam sekarang ni banyak melakukan syirik dan bidaah dalam beribadat. Cermin diri dulu. Mulakan dengan perbetulkan solat. Semua ibadat wajib kena ada dalil. Samada dari Al quran atau hadith sahih. Letak tepi dulu hadith dhoif tu.

Assalamua'alaikum

Anonymous said...

Waalaikumsalam.

JANGAN KAMU DILALAIKAN DEGAN URUSAN POLITIK DUNIA !

Anonymous said...

Politik Islam itu wajib. Jangan jadi bodoh!

Anonymous said...

Politik @ Siasah dalam Islam berbeza dengan sistem sekarang. Rujuklah kitab-kitab. Lantikan bukan atas dasar pengaruh dan kuasa wang...cari sendiri ler!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails