Thursday, January 16, 2020

Hidup Bersama Sampah.. Malu, Berlaku Di Negara Maju?


Budak hidup bersama sampah
MENGEJUTKAN apabila budak lelaki dibiarkan tinggal di dalam rumah yang bersepah dengan sisa makanan dan jarum suntikan.
DailyMail melaporkan mahkamah di Leicester diberitahu bahawa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu ditemui bersama-sama ibu bapanya yang juga penagih dadah.
Ketika polis memeriksa kediaman itu, mereka terhidu bau busuk sebelum mendapati budak itu tidak memakai stokin dan memakai baju sama berhari-hari.
Mangsa memberitahu polis bahawa dia ada makan biskut ketika siang, tetapi tidak makan makanan lain.

Ibu bapanya yang tidak dinamakan atas arahan mahkamah untuk mengelak identiti budak itu diketahui, mengaku salah atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.
Budak itu dikatakan bermain XBox sepanjang masa ketika tinggal bersama ibu bapanya dan bergantung kepada roti dan mentega serta sos untuk menghilangkan kelaparan.
Dia tidak mempunyai alat permainan dan bermain dengan pembakar roti di bilik ayahnya, selain tidur pada bila-bila masa.
Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Ebraham Mooncey memberitahu ibu bapa kanak-kanak itu bahawa anak mereka amat sayangkan mereka.
Sementara itu, pendakwa, Alexander Wolfson berkata, agensi berkaitan bermesyuarat sebelum polis memeriksa kediaman keluarga berkenaan.
Katanya, mereka mendapati keadaan rumah itu sangat kotor dengan sampah dan sisa makanan. (Agensi)
Begitulah, di negara maju yang akhlak dan kehidupan rakyatnya tidak maju. Sungguh memalukan? (IH)


Hasil carian imej untuk gelandangan di london
Hasil carian imej untuk gelandangan di london

210,000 kanak-kanak jadi gelandangan di England

LONDON: Ratusan ribu kanak-kanak di England dilaporkan tidur dalam kontena kapal yang diubah suai dan sering berpindah randah, iaitu satu persekitaran yang cukup berbahaya, selain terletak jauh dari sekolah mereka.
Laporan Suruhanjaya Kanak-Kanak England, yang diterbitkan semalam, berkata masalah gelandangan semakin meningkat di England sejak hampir sedekad lalu. Ia berikutan kenaikan kadar sewa rumah, pembekuan manfaat kebajikan dan projek perumahan kos rendah yang terhad.
Malah, laporan itu menganggarkan jumlah kanak-kanak gelandangan terbabit mungkin mencecah 210,000, termasuk 120,000 tanpa tempat berteduh, manakala 90,000 lagi hidup berpindah randah. (2019)

Hibur Hibur Sikit

Pengemis Dan Tukang Copet

Nasihat Pengemis Untuk Istri Dan Do'A Untuk Hati


3 comments:

Anonymous said...

Menteri cadang beli kereta satu malaysia bising.
MB satu negeri tu (Pantai timur) beli mercedes, semua buat-buat tak nampak.
Inilah hakikat POLITIK KERA !

Anonymous said...

Isu kereta: Henti sebar fitnah

KOTA BHARU: Pejabat Menteri Besar Kelantan menyifatkan pihak yang mengaitkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan khas RM400 juta untuk pembelian kenderaan rasmi pimpinan Kerajaan Negeri suatu kenyataan fitnah dan berniat jahat.

Keputusan bagi menggantikan kenderaan rasmi pimpinan Kerajaan Negeri dibuat menerusi kenyataan Timbalan Menteri Besar, Dato Mohd Amar Abdullah pada 12 September 2018.

Menurutnya Kerajaan Negeri mengambil keputusan menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang digunakan sejak 10 hingga 12 tahun lalu.

“Kenderaan rasmi Menteri Besar dengan pendaftaran DV 1 kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan kurniaan Al Sultan Kelantan.

“Dan Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal DV 1 di kenderaan rasmi baharu Menteri Besar yang mana telah mendapat ampuni perkenan Tuanku Al Sultan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam pemimpin PH Kelantan cuba menggambar kerajaan negeri membeli kenderaan baru menggunakan dana khas.- HARAKAHDAILY 16/1/2020

Anonymous said...

Ph nak kereta apa vellfire. Rakyat dibiar menderita, tapi menteri disuruh bermewah. Mujur ada pas dan umno yang bangkang,kecut teloq juga dap. Harapkan pan dan pkr dok kira sokong dap jer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails