Saturday, January 18, 2020

Begini Bentuk Pemimpin Umat Islam M'sia? Pemimpin Perlu Faham Islam.

Hasil carian imej untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah,
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah, digantung serta merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor.

Tindakan sama turut diambil oleh Majlis Ketua ARMADA Nasional ke atas Penolong Setiausaha badan itu, Ahmad Redzuan Mohamad Shafi.

Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan penggantungan kedua-dua pemimpin muda terbabit dibuat dalam mesyuarat Majlis Ketua ARMADA Nasional.

Beliau berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes yang dihadapi kedua-duanya.

“Susulan penggantungan Ahmad Redzuan, jawatan itu kini dipangku oleh Danial Syahiran Ho Imran Ho yang juga Exco ARMADA Nasional.

“Timbalan Ketua ARMADA Selangor, Anad Akashah Nazri, kini dilantik memangku jawatan Ketua ARMADA Selangor, serta merta,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata ARMADA merakamkan penghargaan dan berterima kasih di atas khidmat dan bakti kedua-duanya sepanjang memegang jawatan terbabit.

Katanya, mereka turut mendoakan agar siasatan yang dihadapi kedua-duanya dapat dijalankan dengan lancar serta adil mengikut undang-undang negara.

Adhif Shan dipalit kontroversi selepas ditahan polis, bersama 16 yang lain dalam serbuan terhadap sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong awal minggu ini, yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.

Hasil saringan awal terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka dikesan positif dadah.

Kesemua mereka kecuali seorang wanita warga asing sudah dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan masih dijalankan termasuk menunggu keputusan saringan kedua yang dijalankan. – BH Online



Komen Weblog Ibnu HasyimBeginikah bentuk pemimpin umat Islam Malaysia? Kerana itu kita bersetuju dengan Ameerah PAS Negeri Perak, Nuradila Mohd Kamal yang menyarankan 'Pemerintahan mesti dipandu pemimpin yang faham Islam'.


“Bila sebut mengenai kuasa, Saidina Umar al-Khatab RA berpesan, Allah menghalang sesuatu dengan menggunakan kuasa pemerintahan dan ia tidak boleh dihalang dengan kuasa al-Quran semata-mata.

“Kita baca al-Quran, dan dalam hadis ada sebut, arak adalah bala dan membawa kepada segala kejahatan dan kerosakan akal fikiran, oleh sebab itu Islam mengharamkan arak. Lama dah arak ni haram, namun jika tiada kuasa kita tak boleh nak halang arak ni terus berleluasa,” tegas Nuradila.

Tambahnya, pada era pemerintahan PH sejak memegang tampuk pimpinan negara pasca PRU14 lalu, kebobrokan yang berlaku hari demi hari pastinya membuka mata rakyat untuk menilai prestasi pemimpin PH. 

Tanpa tentangan hebat dan ketegasan dari pihak pembangkang khususnya PAS, pastinya kedudukan Melayu Islam di negara ini mudah diganggu gugat dan diperkotak katikkan. Jelas beliau.

“Di negara kita ini majoritinya adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun apa yang kita lihat pada kerajaan hari ini, mereka lebih takutkan DAP dari takutkan Allah terutamanya dalam menegakkan hukum-hukum Islam,” tempelak beliau lagi. (Harakah) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails