Sunday, January 12, 2020

Walau Hilang Sebelah Kaki, Terus Mengembara Ke Pelbagai Negara..


Tongkat jejak benua
HILANG sebelah kaki akibat kemalangan sembilan tahun lalu bukan halangan buat Mahathir Alkhobiri, 31, untuk mengembara ke pelbagai negara seluruh dunia walaupun perlu bertongkat untuk bergerak.
Malah, bukan sekadar mengembara, Mahathir turut mengadakan sesi perkongsian motivasi kepada penduduk tempatan dan rakyat Malaysia di negara dikunjunginya.
Menceritakan semula pengalamannya, Mahathir yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, Mesir menjadi negara pertama yang dilawati selepas kehilangan kaki kiri akibat dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung pada November 2011.
Menurutnya, selepas selesai sesi pemulihan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia kembali mengajar di sebuah sekolah agama di Gombak namun bertongkat untuk menjalani aktiviti harian.

“Pada 2013, terdetik di hati mencabar diri dengan mengembara ke luar negara bagi menguji kemampuan fizikal dan mental di negara orang bersendirian.
“Berbekalkan pengalaman ketika melanjutkan pengajian dalam Bahasa Arab di Sana’a, Yaman, saya mengembara seorang diri ke Mesir dan mendalami budaya serta bahasa tempatan,” katanya yang juga pendakwah bebas.
Mahathir berkata, bertitik tolak daripada kejayaan itu, dia sudah mengembara ke negara seperti Jordan, Maghribi, Belanda dan Jerman.
Katanya, sepanjang pengembaraan, pelbagai pengalaman ditempuh menjadikan dirinya lebih berani dan kuat selain membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menjadi pengembara yang baik.

“Stigma negatif masyarakat terhadap OKU perlu dihapuskan kerana kami perlu dilayan sama rata seperti insan normal dan pengembaraan ini membuktikan saya berjaya berdikari di negara orang walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
“Jangan kasihankan kami malah masyarakat di luar perlu melayani kami sama seperti insan yang normal,” katanya yang turut mendaki Kubu Salahudin Al-Ayubi di Mesir.

 MAHATHIR mengembara ke pelbagai negara tanpa menjadikan kecacatan sebagai penghalang.

Berkongsi lanjut mengenai kisahnya, Mahathir berkata, sepanjang pengembaraan, ramai penduduk tempatan yang kagum dan mahu mendengar pengalamannya mengembara dengan hanya sebelah kaki.
Katanya, bukan sekadar mendalami budaya dan bahasa, pengembaraannya juga diselitkan dengan sesi perkongsian ilmu dengan masyarakat setempat dan penuntut Malaysia.
“Rasa rugi jika kita sekadar mengembara tetapi lebih bermakna jika berkongsi pengalaman dan ilmu yang dimiliki dengan masyarakat agar mereka turut mendapat manfaat,” katanya.
Kini, Mahathir berhasrat untuk menunaikan umrah dan haji kerana baginya, itu adalah pengembaraan yang lebih mencabar yang perlu dilalui untuk mengajar erti kesabaran, keberanian dan keimanan sebagai umat Islam. (MyMetro)

3 comments:

Anonymous said...

Mathathir mnaa gi umrah lagi, masih jadi PM Malaysia.
PM sampai mati..

Anonymous said...

PAS kaki buret

Anonymous said...

AnonymousJanuary 12, 2020 at 4:58 PM
PAS kaki buret

Ingatkan presiden pkr, ropernyer pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails