Monday, January 13, 2020

Jadi Jutawan Kerana Silap Bank, Bagaimana Kalau Dia Berakhlak Mulia?




Beliau seorang wanita yang berumur 35 tahun dan bernama Ruth Balloon, menetap di Dallas Amerika Syarikat telah memeriksa baki akaun bank beliau, dan mendapati sesuatu yang luar biasa berlaku.
Ini disebabkan apabila beliau melihat angka digit dengan jumlah melebihi $37 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Pada awalnya beliau menganggap seseorang telah menghadiahkan beliau dengan sejumlah wang tersebut, namun beliau tahu ‘it was too good to be true’, agak mustahil seseorang menghadiahkan sejumlah wang yang terlalu besar tanpa memaklumkan atau tanpa sebab yang kukuh.
Beliau ingin merujuk jumlah wang tersebut kepada pihak bank, namun ruang untuk pertanyaan kepada pihak bank telah tertutup.
Lalu beliau membuat keputusan untuk membuat rakaman skrin (screenshot), lalu menghantarnya kepada suaminya, Brian yang berumur 39 tahun dengan persoalan ‘kenapa dan bagaimana mereka mempunyai sejumlah wang yang tidak masuk akal?’.


Brian hanya memberi jawapan, mungkin ianya adalah sebuah sindiket penipuan yang cuba untuk memerangkap mereka.
Namun tidak berapa lama selepas itu, beliau telah dimaklumkan oleh Bank LegacyTexas, jumlah wang melebihi $37 juta tersebut bukanlah Christmas miracle seperti yang difikirkan, tetapi ianya adalah disebabkan kesilapan juru wang bank tersebut memasukkan jumlah wang tersebut ke dalam akaun bank yang tidak sepatutnya.
Bank LegacyTexas juga memohon maaf, di atas kesilapan yang mereka telah lakukan dan bertindak untuk mengambil semula jumlah wang tersebut.
Walaupun ianya adalah kesilapan, namun Balloon sangat berbesar hati dengan peristiwa tersebut. Kerana pada beliau ianya bukan kisah dongeng pernah bergelar jutawan tanpa disengajakan, bukti rakaman skrin yang beliau simpan boleh dibuat kenang-kenangan.

Balloon menambah, peristiwa tersebut berlalu dengan terlalu pantas, sehinggakan beliau hampir-hampir tidak dapat berfikir. Apakah yang beliau patut lakukan, sekiranya duit sebanyak itu memang hak milik beliau.


Tambah menarik apabila Balloon menyuarakan bahawa, jika sememangnya wang tersebut adalah hak milik mutlak beliau, beliau akan memperuntukkan 10% untuk menikmatinya dan menggunakan sebahagiannya untuk menderma kepada badan amal; dan selebihnya akan dijadikan pelaburan ke dalam hartanah.
Menarik bukan?
Bagaimana beliau merancang wang tersebut ke arah pelaburan untuk membina impian masa hadapan. Jika kita dapat durian runtuh seperti ini, apakah akan kita buat dengan wang tersebut?
Suka sekiranya kami berkongsi, walaupun wang tersebut terdapat di dalam akaun peribadi beliau, namun Balloon bertegas untuk tidak menggunakannya. Kerana beliau tahu bahawa wang tersebut bukanlah milik beliau, dan kejujuran mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding wang ringgit.

Bagaimana pula kalau wanita itu seorang yang berakhlak mulia atau berperibadi sebagai seorang Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails