Tuesday, January 14, 2020

Bimbang Gadis Orang Asli Jadi Buruan Perkahwinan. Wajarkah?


IBU bapa Orang Asli mendakwa sukar mengawal anak gadis mereka apabila kerap dibawa lari lelaki pendatang asing 
Gadis Orang Asli 'diintai' Pati


IBU bapa Orang Asli suku kaum Temiar di beberapa kampung sekitar Lojing, Gua Musang, bimbang apabila anak gadis mereka menjadi buruan lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk berkahwin.
Malah, mereka mendakwa, ramai anak gadis kaum itu yang sudah berumah tangga dengan lelaki warga asing hidung belang bertukar menjadi janda apabila mereka pulang ke negara asal.
Antara kampung Orang Asli menjadi tumpuan warga asing untuk memikat anak gadis Orang Asli termasuk di Kampung Sendrop, Seng Sang, Sang Wai, Jek Jok dan Kampung Brooke.
Penghulu Orang Asli Kampung Sendrop, Andol Busu Jamin berkata, masalah berlaku sejak beberapa tahun lalu itu amat sukar disekat keluarga yang memiliki anak gadis.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan lelaki Pati yang bekerja di ladang sayur berhampiran kampung kaum itu ada hubungan sulit dengan anak gadis mereka tanpa diketahui ibu bapa.
Menurutnya, ramai Pati yang bekerja di ladang sayur itu membabitkan warga Bangladesh, Indonesia dan Pakistan.

KAMPUNG Sendrop, Lojing, Gua Musang kerap menjadi tumpuan warga asing. (Gambar kecil) Andol Busu Jamin. FOTO Ramli Ibrahim.


“Kadang-kala anak gadis Orang Asli hilang dari rumah dibawa keluar lelaki Pati itu dan apabila pulang semula dua atau tiga hari kemudian, mereka menyatakan sudah bernikah.
“Keluarga tidak tahu mereka bernikah di mana dan tidak mendapat restui ibu bapa hingga menimbulkan masalah besar kepada kaum ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sendrop, hari ini.
Penghulu Orang Asli Kampung Brooke Lama, Rian Bujang berkata, kini ramai anak perempuan kaum itu berstatus janda akibat ditinggalkan suami warga asing yang pulang ke negara asal.
Katanya, anak hasil perkongsian hidup mereka yang ditinggalkan ‘gantung tak bertali’ itu dijaga ibu bapa sehingga membebankan perbelanjaan mereka.
“Lebih menghairankan, ada perempuan anak Orang Asli boleh bertukar suami dengan lelaki rakan warga asing sama apabila suami asalnya pulang ke negara asal.
“Sehubungan itu, saya bersama semua penghulu Orang Asli sedang meneliti perkara itu dan mungkin sepakat untuk membuat laporan polis.
“Memang sudah ada janda Orang Asli serik berumah tangga dengan lelaki pendatang asing yang hanya sekadar untuk hidup menumpang sahaja, tetapi tidak bertanggungjawab," katanya.
Dia mendakwa, pendatang asing berkahwin dengan gadis Orang Asli semata-mata untuk mencari tempat perlindungan bagi mengelak diburu pihak berkuasa. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah dibimbangi anak gadis orang asli jadi buruan perkahwinan dari dibiarkan bebas atau curi-curi berzina?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..


Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota

  1. Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    • 1 year ago
    •      
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...


  2. Jelmol - Halijah

    • 11 years ago
    •      
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails