Wednesday, January 15, 2020

Pesta Pongal: Hormatilah Perayaan Penganut Hindu -DPP.

Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk pesta pongal -hindu
Pesta Pongal: Batas syariah dalam meraikan
LATAR Belakang dan Sejarah
Pongal merupakan perayaan masyarakat Hindu terutama di Tamil Nadu yang dirayakan pada bulan ‘Thai’ (sekitar pertengahan Januari) dalam kalendar India. Ia sempena berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari.
‘Pongal’ dalam bahasa Tamil bermaksud ‘merebus’, dan perayaan ini dirayakan sebagai perayaan kesyukuran bagi musim menuai. Pongal juga merupakan nama nasi manisan yang sering dihidang ketika perayaan ini. Di Tamil Nadu, perayaan ini dirayakan selama empat hari iaitu The Bhogi Festival, Thai Pongal, Mattu Pongal dan Kaanum Pongal.
Perayaan Pongal di Malaysia
Kepelbagaian budaya dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan keunikan di negara ini. Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang tersendiri. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2010), penganut agama Hindu merupakan penganut agama keempat terbesar di Malaysia selepas Islam, Buddha dan Kristian. Pesta Pongal ini merupakan antara perayaan tradisi penganut Hindu di Malaysia.
Hukum meraikan perayaan keagamaan bukan-Muslim
Para ulamaksepakat bahawa meraikan perayaan keagamaan bukan-Muslim adalah haram.


Jaringan Syahmi ibarat gol penjaring legenda Socrates - Mufti WPMufti Wilayah..
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah menetapkan beberapa garis panduan dalam mengharuskan umat Islam menghadiri majlis perayaan keagamaan bagi agama lain.

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum makan juadah yang menjadi tradisi hidangan semasa perayaan tertentu adalah dibolehkan selagi mana tidak ada kepercayaan tertentu yang melatari penyediaannya dan juadah itu sendiri. Ianya sekadar juadah yang disediakan secara tradisi, tanpa kepercayaan tertentu. Ini termasuklah juadah tradisi Pesta Pongal iaitu nasi manisan ‘Sakkarai Pongal’.
Kesimpulan
Kami menyarankan umat Islam menghormati perayaan penganut Hindu ini, sebagai meraikan kepelbagaian kaum dan agama di negara kita ini. Namun, kita hendaklah memastikan hukum hakam dan garis panduan yang telah ditetapkan dipatuhi dan dihormati.
Jadilah kepelbagaian kita ini sebagai satu kekuatan dalam membina perpaduan di negara kita yang tercinta ini.
Disediakan oleh:
LAJNAH PERPADUAN NASIONAL 
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Rujukan:
  1. https://www.indiatoday.in/fyi/story/pongal-tamil-nadu-harvest-festival-bhogi-mattu-kaanum-thai-303924-2016-01-15
  2. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/3062-al-afkar-39-muslim-menyertai-pesta-pongal
  3. Garis Panduan bagi Meraikan Pesta Pongal Menurut Prinsip Fiqh Al-Ta’ayush (Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor)
Hibur Hibur Sikit..

8 comments:

Anonymous said...

Jangan terlalu sibuk dengan POLITIK hingga lupa kepada Agama.

Anonymous said...


January 15, 2020 at 11:54 AM di atas,
Contoh otak sekular.
Dalam Islam politik itu sebahagian dari Agama.
bAHLOL!

cik minah said...

hA HA HA
KENA SEBIJI..

Anonymous said...

For muslim it is sirik
Like punja pantai. So respect muslim sensitivities.

Anonymous said...

Monolak politik dalam ajaran Islam adalah sesat. Sekularisme..

Anonymous said...

Bahlol tu sorang ahli sufi. Tak sesuai guna untuk ph.

Oasispg said...

Maknanya kalau mereka bagi kita makanan mereka dengan alasan kongsi kegembiraan perayaan mereka dibenarkan? La haula wa la ku wata illa billahil 'ali'yil azhim.

Anonymous said...

������ *Narendra Modi’s shortest Speech������ *you also must read & think*

*Narendra Modi, the Elected Prime Minister of India ���� addressed the Nation, & Indian Parliament-and gave a speech about the tensions with minorities in India in passing CAA Citizen Ammendment Act:*

*"In India ���� , live like Indian Hindu. Any minority, from anywhere, if they wants to live in India, to work and eat in India ���� , They should speak An Indian Language like Hindi Gujdrati ,  Punjabi, Bengali any South Indian language and should respect the  Indian Laws. If they prefer Sharia Law, and live the life of Muslim's then we advise them to go to those places where that's the state law.*

*"India does not need Muslim minorities. Such a Minorities need India, and we will not grant them special privileges, or try to change our laws to fit their desires, no matter how loud they yell 'discrimination'. We will not tolerate disrespect of our Vedic Hidu Sanatan culture. We better learn from the suicides of America, England, Holland, and France,  and the Kashmir - Jammu haulocast of Kashmiri Pundits, if we are to survive as a nation. The Muslims are taking over those countries and they will not take over Any part of India. We have shared our  land in 1947, creating West & East Pakistan. The Indian customs and traditions are not compatible with the lack of culture or the primitive ways of Sharia Law and Muslims.*

*"When this honorable legislative body thinks of creating new laws, it should have in mind the Indian national interest first, observing that the Muslims Minorities Are Not Indians."*

*The politicians in the Indian Parliament gave PM Modiji a five minute standing ovation.*

*If you keep this to yourself, you are part of the problem!*����

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails