Sunday, January 12, 2020

Derita Bangsal Buruk. Ini Juga Tanggungjawab PH.. Jangan Salahkan K'jaan Lama Lagi..


TIADA siapa menyangka bangsal buruk yang terletak jauh di dalam hutan di Kampung Bahagia di sini, dihuni empat beranak.
Bangsal yang berlantaikan tanah di bahagian dapur, dinding dan lantai berlubang serta bumbung banyak yang bocor dianggap ‘istana’ bagi Hafisah Kasim, 43, dan suami, Ibrahim Doni, 41, serta dua anak mereka, Norma Ibrahim, 10, dan Mohd Nasrullah, 7, berteduh sejak 10 tahun lalu.
Kedaifan mereka bukan hanya terzahir dari luaran kediaman, malah ia juga tidak dilengkapi bekalan air dan elektrik untuk menjalani kehidupan.
Mereka hanya menggunakan pelita sebagai sumber cahaya pada waktu malam hari, memasak dengan dapur kayu dan mengangkut air dari telaga yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

Hafisah berkata, asalnya rumah yang tidak berpintu dan daun tingkap itu adalah milik penduduk kampung dan selepas keluarga itu berpindah, mereka menetap di situ.
“Kami tidak mampu membaik pulih rumah ini, cukuplah ia mampu melindungi kami daripada hujan dan panas.
“Dalam keadaan rumah yang tidak sempurna, kami perlu berwaspada dengan haiwan berbisa kerana pernah dimasuki ular senduk dan lipan.
“Malah, saya sendiri pernah terkena sengatan (lipan),” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Terdahulu mereka dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, diwakili Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan sumbangan makanan.
Kemiskinan hidup yang dialami mereka sekeluarga turut dipikul dua anak yang tidak mampu ke sekolah akibat kedaifan hidup.
 MALAM sekadar diterangi cahaya pelita.
Hafisah berkata, kehidupan mereka bergantung yang sepenuhnya kepada suami yang hanya bekerja kampung, menyebabkan impian dua anak itu dianggap mimpi di siang hari.
“Usahkan hendak bersekolah, makan minum seharian pun tidak menentu, jika ada wang dapatlah membeli lauk, kalau tidak kami makan nasi kosong.
“Suami hanya boleh bekerja di sekitar kampung sahaja kerana tidak mempunyai kenderaan, itu juga antara faktor anak tidak dapat bersekolah kerana sukar untuk berulang-alik,” katanya.
 TEMPAT memasak yang tidak sempurna.


Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Mambong, Mohd Zain Abdul Rajib berkata, keluarga itu kerap menerima bantuan sama ada dari segi kewangan atau barang keperluan jika ada agihan yang dibuat.

“Permohonan mendapatkan rumah untuk mereka juga sudah diluluskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
“Namun, pembinaannya belum dipastikan dan lokasinya agak jauh iaitu di Kampung Telekong memandangkan mereka tiada tanah sendiri.
“Dari segi bantuan lain seperti barang makanan dan kewangan, mereka tidak pernah dipinggirkan cuma kami hanya mampu memberi sekadar yang termampu dan apa yang diperuntukkan sahaja,” katanya.

8 comments:

Anonymous said...

Depa sibuk sokong tanglung. Nak jaga hati cina dap.

Anonymous said...

Sudah 15 tahun mereka huni bangsal buruk, PH baru 2 tahun, apa kerajaan BN buat?

Anonymous said...

Di mana tu?
Kelantan...
Siapa perintah Kelantan?
Er er er Kerajaan PH !

Patutla PH dipersalahkan...

Anonymous said...

Sekarang bukan PH perintah K'tan termasuk Msia?
Cukai di K'tan diangkut ke Pusat, tanggungjawab tak mahu?
Puak2 PH bodoh semua ke?

Anonymous said...

Duit dah agih kat sekolah cina. Zakat pun cina mahu. Bijaknya melayu ph asyik tuding jer. Bukan nak buat dasar. Guna syariat dap jer. Syariat islam tolak tepi. Islam dalam pas dan umno jadi bahan cacian demi memenuhi syariat dap, khususnya syariat kit sian dan guang eng.

Anonymous said...

Cukup cukuplah fitnah. Ph menang dulu pun atas lesen fitnah. Bila kelantan nak buat hudud, dap yang paling meroyan. Ada pulak melayu ph yang bergabung dengan dap untuk beri sokongan kuat pada dap. Dapat jawatan menteri pun tapi masih tunduk pada syariat dap.

Anonymous said...

Beli Mercedes boleh pula...hidup melayu Isley. Skrg dah jadi kerajaan..sila laksanakan RUU355 dan hudud. Jangan berdalih lagi..atau takut dengan MCA..

Anonymous said...

Memberitahu kepada orang ramai,
Ketua MCA Gombak YIP KUM FOOK yang bertinggal di Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ialah seorang pengkhianat Buddha.
1) Dia guna kuasanya upah kumpulan ganas cuba menukul Sami Buddha SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KL.
2) Dia guna kuasanya suruh polis dan orang luar pijat tanah suci Kuil, cuba menangkap Sami Buddha tanpa kesalahan.
3) Dia guna kuasanya makan wang persatuan Buddha.
4) Dia guna kuasanya tipu wang perempuan dan merosakan keluarga orang lain
5) Dia benar-benar orang jahat dan penipu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails