Wednesday, January 15, 2020

Buka Pintu Banjir, Dalam Musnahkan Islam, Israel Tidak Kira Sunni-Syiah.


Israel buka pintu gerbang banjir Musnahkan beratus hektar ladang, tanaman milik rakyat Palestin


GAZA, 19 Jamadilawal 1441H, Rabu – Rejim pengganas Israel berterusan bertindak biadab, apabila memusnahkan ladang pertanian milik penduduk Palestin dengan membuka pintu gerbang banjir.
Pintu gerbang yang dibina di Semenanjung Gaza itu dibuka sehingga menyebabkan kawasan pertanian banjir, malah turut menjejaskan kawasan perumahan berhampiran.
Seorang saksi memberitahu pemberita bahawa, minggu ini sahaja tanah miliknya telah ditenggelami air sebanyak dua kali.
Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin yang mengadakan lawatan ke kawasan terjejas memberi amaran, bahawa kemusnahan itu hanya akan memburukkan lagi sektor ekonomi para petani di Gaza, selain menjejaskan sumber makanan mereka.
Kementerian Pertanian Palestin berkata, rejim Zionis yang dengan sengaja memusnahkan beratus-ratus hektar ladang dan tanaman, turut merosakkan sistem saliran dan peralatan pertanian rakyat Palestin.
Para petani di Gaza sebelum ini berjuang sedaya-upaya untuk meneruskan hidup akibat bersaing dengan penduduk haram Israel.
Penganalisis berkata, pendudukan haram Israel telah mengakibatkan ketidakstabilan sumber makanan terhadap rakyat Palestin.
Gaza berada di bawah cengkaman negara tidak diikitraf Israel sejak tahun 2007. – Agensi

Komen Weblog Ibnu HasyimDalam proses memusnahkan Islam, Israel tidak kira dan tiada beza samada Sunni atau Syiah. Tapi puak-puak fanatik anti Syiah di Malaysia sanggup berpihak kepada AS-Israel musuh nombor satu Islam berbanding Syiah Iran. Begitu, mentaliti otak yang dijajah musuh Islam.

Lihat lagi..
Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...
Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...

6 comments:

Anonymous said...

Lantunan pemikiran Ibnu macam xxxxxxx!
Kenapa mahu enyokong IRAN yang menembak umat Isla Mesir, Syria, Arghanistan, Iraq dsb?
Kenapa Ibnu percaya dengan momokan IRAN?
Percayalah, Amerika TIDAK AKAN MENYERANG SAUDARA KANDUNGNYA (Iran).
Skrip peperangan ini hanya untuk memecahbelahkan kejituan iman dan akidah sunni.
Awas, jangan terperangkap !
Syiah itu sesat lagi menyesatkan....!

Anonymous said...

AS-Israel tak sesat ke?

Anonymous said...

anon 6:14

Mebaca petikan Anon 5:40 tak ada kalimat menyokong AS-Israel
kenapa anda memandang rendah nukilan orang
Dia cuma menyatakan Syiah tak perlu disokong, itu ajer
Anda (anon 6:14) seperti Yahudi yang memutarbelitkan kenyataan orang
atau
ANDA MEMANG MENYOKONG SYIAH !

Anonymous said...

Tuhan jadikan yahudi bukan saja saja. Kalau nakkan dunia stereo, tak payah jadikan yahudi. Tapi dijadikan kaum yahudi serta dinyatakan dalam quran supaya orang yg membaca quran berfikir tentang bangsa yahudi.

Anonymous said...

Tak perlu sokong Iran, USA atau Israel.
Mereka itu satu keluarga; memusuhi Islam selama-lamanya.

Anonymous said...

Menyuruh menentang Israel-AS bukan bererti menyuruh sokong Syiah.
Wajib menentang Israel-AS musuh Allah, bukan memaksa orang masuk Syiah.
Mengenai Syiah sudah ada perbincangan dan sudah selesai. Mengapa diungkit lagi.
Konon Syiah bunuh Sunni,mengapa hari-hari AS-Israel bunuh rakyat Palestin lu diam?

Kekallah kamu dengan otak yang dijajah Yahudi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails