Saturday, July 20, 2019

Guru Wanita Trauma, M'sia Di Bawah PH Masih Dijajah Along?

Imej yang berkaitan

Guru wanita trauma diganggu, diugut along


KUANTAN: Seorang guru wanita di sebuah sekolah di sini kini hidup dalam ketakutan selepas diganggu samseng upahan ceti haram atau along walaupun selepas mangsa selesai melunaskan pinjamannya.
Malah, gambar mangsa berusia 39 tahun itu turut diletakkan tanda ringgit dan perkataan ‘hutang duit tak bayar!!! orang penipu’ pada tiang stesen bas dan pondok telefon di luar kawasan sekolah tempatnya mengajar dipercayai bertujuan mahu memalukannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa membuat pinjaman wang berjumlah RM10,000 pada Disember 2017 dengan sebuah syarikat pinjaman wang tidak berlesen di bandar ini.
“Mangsa kemudian menandatangani dokumen perjanjian kosong dan menerima wang pinjaman berkenaan berjumlah RM8,600 sahaja selepas ditolak yuran guaman.
“Mangsa perlu membuat bayaran pinjaman RM1,200 sebulan selama 38 bulan, manakala kad ATM Bank Islam miliknya untuk pembayaran gaji turut diambil suspek bagi tujuan pembayaran pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.
Beliau berkata, bayaran yang mangsa sudah buat adalah bermula pada Januari 2018 sehingga Mac lalu, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18,000.
“Namun bermula pada April lalu, mangsa tidak lagi membuat bayaran bulanan berkenaan dan menyekat kad bank ATM dipegang suspek serta sudah membuat kad bank yang baru.
“Sejak itu, suspek mula mengganggu mangsa di tempat kerja dan juga melalui panggilan telefon. Namun semalam, mangsa mendapati gambarnya ditampal di luar kawasan sekolahnya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang bimbang akan keselamatannya kerana tindakan along itu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini semalam.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 kerana menjalankan aktiviti perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
“Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah Malaysia di bawah PH (Pakatan Harapan) masih belum bebas dari sistem penjajahan along? Kembalilah kepada sistem keadilan Islam, yang antaranya mengharamkan riba dan kegiatannya.
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

4 comments:

Anonymous said...

Gi gatal pinjam Along tu kenapa.
Kenapa masa BN memerintah tak nak hapuskan Along...
INI semua peninggalan BN..

Anonymous said...

Laaa....cerdik sungguh pemikiran blogger ni....itu perbuatan individu, kenapa nak salahkan kerajaan. Kes along ni bukan kira umno, ph.....cuba fikir molek2....katalah pas jadi pemerintah, agak2 along, judi, pelacuran jadi 0 ke....

Anonymous said...

no tel ceti haram bersepah pasai tak ambil tindakan
kalau betoi nak hapus
ada akai ka?

Anonymous said...

Ketua Polis Negara perlu melihat isu ALONG ini secara serius, tak usah la lagi fokus kepada video jubo menjubori PGayR yang tak berfaedah itu. Along2 haram ini wajib dibenteras dengan segera. Iklan2 along haram yang banyak ditepi2 jalan WAJIB dihapuskan oleh pihak2 majlis tempatan dikawasan masing2. Susah sangat ke? Modus operandi ALONG ala2 kongsi gelap, samseng, komunis ini WAJIB dibenteras dengan segera!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails