Sunday, July 14, 2019

Umur 10 Tahun, Mesti Dirotan Jika Tidak Sembahyang. -ADUN Rantau Abang.

Hasil carian imej untuk rotan Kanak-kanak
Guru Rotan Untuk Mendidik


Alias Harun (dua dari kanan) menziarah salah seorang penerima Tabung Darul Iman baru-baru ini.

DUNGUN, 13 Julai - Sikap segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati jika anak mereka dirotan amat dikesali, sedangkan guru-guru bertindak sedemikian untuk mendidik pelajar agar menjadi insan berguna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menegur sikap sedemikian yang sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.

"Tidak mungkin seorang guru nak mendera pelajar-pelajar. Kalau rotan pun, rotan mengajar,"  ujarnya ketika menyerahkan sumbangan Tabung Darul Iman di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, di dalam Islam, anak - anak yang berumur 10 tahun, mestilah dirotan jika mereka tidak sembahyang.


"Kita dahulu bukan begitu, hantar anak sekolah, hantar anak ngaji, boleh buat apa saja.

"Mak pesan, ayah pesan, dua benda sahaja, jangan cacat dan jangan buta. Takkanlah tok guru nak buat sampai cacat dan buta.

"Tak pernah lagi kita dengar ibu bapa yang menghalang seperti sekarang. Jadi, saya  harap cikgu sabar dengan tugas yang semakin mencabar ini," pesan beliau yang juga seorang pesara guru.

Dalam ziarah tersebut, sumbangan tabung adalah termasuk susu, lampin pakai buang dan juga cek kepada pemohon yang terpilih di Dewan Undangan Negeri Rantau Abang. (https://www.teganukita.net/2019/07/guru-rotan-untuk-mendidik.html)


Hibur Hibur Sikit


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails