Menerusi kemas kini Instagramnya, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah meluahkan rasa syukur kerana pihak tentera yang menahan suaminya dan delegasi #wakeupforgaza adalah dari negara Mesir bukannya Israel.
“Semalaman saya tidak boleh tidur sehinggalah suami menghubungi saya pukul 2 pagi tadi dan memberitahu mereka semua selamat.
“Namun begitu, mereka semua masih tidak dibenarkan keluar dari Gaza. Saya mohon anda semua doakan suami dan delegasi kemanusiaannya,” tulis Yatt lagi.

Hasil carian imej untuk Heliza Helmi,
Heliza Helmi

PERKONGSIAN Heliza Helmi mengenai rombongan misi amal ke Gaza, Palestin, yang terperangkap di Rafah, Mesir. Saat ini juga Heliza turut memaklumkan, mereka belum tahu nasib diri dan bila dapat kembali ke tanah air.

Selain Zulfadhli, delegasi #wakeupforgaza turut disertai oleh penyanyi Heliza Helmi bersama adiknya dan juga pasukan media daripada stesen televisyen Al-Hijrah. Mereka sudah berada di sana sejak lima hari lalu untuk misi kemanusiaan. - K! ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel dan Mesir sama saja. Lihat siapa dalang di balik usaha menjatuhkan pimpinan Mesir Ikhwanul Muslimin yang sah sebelum ini, kalau bukan Israel/AS? 

Lihat..
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)