Saturday, July 20, 2019

Masalah Gadis Pijak Quran, Ini Kata MB K'tan..



‘Saya amat terkilan, macam mana boleh berlaku’

TUMPAT: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita terhadap kes seorang remaja perempuan memijak al-Quran kelmarin.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, seharusnya perkara itu tidak berlaku apa lagi di negeri ini.
Bagaimanapun, tambahnya perkara itu antara cabaran yang sering dihadapi apabila kerajaan negeri bersungguh-sungguh memberi kefahaman tentang Islam kepada rakyatnya.
Beliau juga tidak menafikan walaupun ianya hanya kes terpencil, namun perkara itu perlu ditangani sebaik mungkin terutama anggota keluarga.
"Saya memang amat terkilan dengan peristiwa ini macam mana ianya boleh berlaku.
"Kita berharap pada keluarga gadis berkenaan mengambil tanggungjawab ini sebaiknya supaya ianya tidak berulang kali kedua," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis Semang Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus di Pantai Genting, dekat sini petang semalam.

Majlis Semang Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus di Pantai Genting
Tambahnya, kerajaan mengakui terpaksa berhadapan cabaran ketika mahu mendidik rakyat khasnya anak muda cintakan agama.
Katanya, semakin hebat usaha itu dilakukan, semakin banyak pula rintangan dihadapi. – HARAKAHDAILY 20/7/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Semakin hebat usaha itu dilakukan, semakin banyak pula rintangan dihadapi', itulah bukti keberkesanan kerja-kerja Islam yang dilakukan.  Makin kuat Islam ditentang, makin kuat akan berlaku lonjakan kebangkitan. 

Bagai beruk di atas dahan, makin kuat cabaran angin bertiup kencang, makin kuat tangan beruk itu berpaut seolah tidak jatuh lagi. Beruk itu akan jatuh apabila datang angin rilex sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan. Matanya jadi kuyu terlena menyebabkan genggaman tangan beliau mulai longgar, terlepas dan beliau pun terkulai jatuh!

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

2 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat tuan ibnuhasyim.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails