Wednesday, July 17, 2019

Turki Beli Sstem Pertahanan Udara Termoden. “Kami mahu menjamin keamanan.."



S-400 Turki siap dipasang 2020

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, peluru berpandu sistem pertahanan udara S-400 yang dibeli dari Russia yang mula dihantar sejak hujung minggu lalu, dijangka siap dipasang sepenuhnya pada April 2020.

Tindakan Turki membeli sistem Russia itu menimbulkan ketegangan dengan negara sekutunya dalam NATO, terutama Amerika Syarikat yang memberi amaran akan mengenakan sekatan.

“Kami sudah mula menerima S-400s. Ada yang berkata: “mereka tidak boleh membelinya’... dengan izin Tuhan bahagian terakhir (penghantaran) ialah pada April 2020,” kata Erdogan berucap di Ankara kelmarin.

Menurut Erdogan, pembelian S-400s, sistem pertahanan udara termoden dikeluarkan Russia itu bukan bermaksud Turki bersedia untuk berperang.

“Kami mahu menjamin keamanan dan keselamatan negara kita,” katanya.

Penghantaran peluru berpandu itu juga serentak dengan ulang tahun ketika cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Hubungan Turki dengan Barat renggang selepas cubaan rampasan kuasa itu selepas Ankara mendakwa Barat tidak memberi sokongan sewajarnya. Dalam tempoh itu, Erdogan menjadi semakin rapat dengan Presiden Russia, Vladimir Putin yang tidak disenangi Eropah dan Amerika.

Erdogan berkata, sasaran Turki selepas ini ialah usaha sama dengan Russia mengeluarkan peluru berpandu sistem pertahanan udara generasi seterusnya. (Reuters)

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails