Tuesday, July 16, 2019

K'jaan Terlebih Bayar Subsidi LPG, Main-Main Ke? Tak Profesional Langsung..

audit
Kerajaan terlebih bayar subsidi LPG


KUALA LUMPUR – Bayaran subsidi gas asli cecair (LPG) oleh Perbendaharaan didapati dibuat tanpa menunggu semakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap kesahihan tuntutan tersebut.

Amalan itu tidak selaras dengan Perkara 1.3 Surat Pekeliling Bahagian Perakaunan Hasil, menurut Laporan Jabatan Audit Negara Siri 1 Tahun 2018.

Pihak Perbendaharaan juga tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) khusus berkaitan pembayaran tuntutan subsidi oleh syarikat pembekal dan ini menyebabkan sejumlah RM45.50 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 telah dibayar kepada syarikat pembekal minyak yang melebihi jumlah sepatutnya.

Malah, proses semakan JKDM terhadap tuntutan subsidi LPG mengambil masa yang lama di antara 14 hari hingga 649 hari.

Laporan itu turut mendedahkan berlaku kelemahan dalam aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan seperti pelantikan pembekal LPG tidak melibatkan sebarang perjanjian atau dinyatakan proses serta kaedah pembayaran subsidi oleh kerajaan.. 

..kepada pembekal/pengedar/peruncit LPG yang beroperasi tetapi telah luput Kebenaran PDA dan Lesen CSA yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP.)
Aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan terhadap syarikat pembekal, pengedar utama dan sub pengedar bagi memastikan pematuhan terhadap akta/peraturan berkaitan subsidi LPG sukar dilaksanakan kerana tiada SOP dan sistem khusus dibangunkan bagi melancarkan pengurusan subsidi LPG serta kekangan jumlah perjawatan anggota penguatkuasaan.
Syarikat pemborong dan peruncit LPG juga didapati gagal menyelenggarakan rekod stok dengan lengkap dan teratur dan terdapat premis pemborong dan peruncit yang tidak mempunyai bukti pernah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa KPDNHEP. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu HasyimKerajaan terlebih bayar subsidi LPG. Lihat..
  • "Pihak Perbendaharaan juga tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) khusus berkaitan pembayaran tuntutan subsidi oleh syarikat pembekal 
  • dan ini menyebabkan sejumlah RM45.50 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 telah dibayar kepada syarikat pembekal minyak yang melebihi jumlah sepatutnya.
  • Malah, proses semakan JKDM terhadap tuntutan subsidi LPG mengambil masa yang lama di antara 14 hari hingga 649 hari."
Main-main ke? Tak profesional langsung..


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails