Sunday, November 11, 2018

Tidak salah Tun M berkeyakinan sekali lagi



SAYA ditanya oleh wartawan berhubung kenyataan YAB Perdana Menteri sewaktu melawat Kelantan hari ini di mana beliau berkeyakinan Pakatan Harapan dapat menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. 
Saya katakan, adalah tidak salah Tun M berkeyakinan sekali lagi untuk menawan Kelantan kerana 'yakin' bukannya satu kesalahan di dalam negara ini.
Sebagaimana Tun M pernah yakin bahawa BN akan menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum 1999, begitu jugalah beliau juga yakin bahawa BN akan menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum 2013.
Bahkan di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu pun, beliau yakin bahawa Pakatan Harapan mampu menawan Kelantan walaupun kemudiannya Pakatan Harapan tidak menang satu kerusi pun di negeri ini.
Jadi, apa salahnya untuk beliau berkeyakinan sekali lagi. Tiada apa-apa yang salah pada keyakinan beliau itu.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
10 November 2018 - HARAKAHDAILY 10/11/2018


5 comments:

Anonymous said...

malaysia blh tawan..klntan pun xmustahil

Anonymous said...

TDM dan pakatan Mat Jenin bermimpi di siang haria. Ha ha ha ha ha ha

Anonymous said...

Lawak terbaru 2018 malaysia blh tawan..klntan pun xmustahil . Ha ha ha ha ha

Woi barua-barua dedak cap roket teruskan bermimpi di siang hari !!!

Hutang KERAjaan pakatan bila nak bayar kepada kerajaan PAS Kelantan?

Anonymous said...

satu masa pas join kerajaan maka klntan jd parti kerajaan pusat. yg gelak tu dungu. hj hadi bkn selamanya ujud malah terkenal dgn uturn. jgn termalu sendiri klu pas pas nnti join kerajaan.

Anonymous said...

Moga kerajaan islam akan ujud dibumi umat islam malaysia. Ameeen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails