Tuesday, November 13, 2018

Hebat Pos M'sia! Boleh Kirim Bungkusan Ular Sawa Hidup-hidup.


PETALING JAYA: Seorang kakitangan Pos Laju dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang tertera 'but bola' tetapi isi di dalamnya bergerak-gerak.
Bungkusan seberat hampir 2 kilogram itu dialamatkan ke blok kediaman di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Difahamkan beberapa kakitangan Pos Malaysia telah membuka bungkusan berkenaan dan terkejut apabila mendapati isi kandungannya merupakan seekor ular sawa batik.
Hasil carian imej untuk ular sawa
Berdasarkan 'tracking number' yang disemak melalui laman web Pos Laju, bungkusan itu dihantar pengirimnya menerusi serahan di kaunter di Pejabat Pos Mambang Diawan, Kampar, Perak pada petang 8 November lalu.
Bungkusan tersebut tiba di Pos Laju Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9 November sebelum dihantar semula ke Cawangan Serahan Sungai Buloh kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. (mStar)
Hasil carian imej untuk ular sawa
Hasil carian imej untuk ular sawa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails