Tuesday, November 13, 2018

MAIS, KUIS Bayar RM326.7 Juta. Siapa Tanggungjawab?

tanah 00

BANDAR SERI PUTRA, 9 Oktober 2017 - Penyempurnaan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu KUIS telah dilaksanakan. Majlis ini disempurnakan olehY.A.B Dato’ Seri Mohamad Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS. 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Sdn Bhd (KUIS) bertanggungjawab membayar RM326.7 juta kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad berhubung kemudahan pembiayaan bagi pembangunan bangunan kediaman dan pusat pelajar KUIS.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris, membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman dikemukakan Bank Muamalat kepada MAIS dan KUIS yang dinamakan selaku defendan pertama dan kedua.

Peguam Datuk Muhammad Adam Abdullah yang mewakili Bank Muamalat, ketika dihubungi berkata, mahkamah membenarkan permohonannya bagi perisytiharan bahawa kedua-dua defendan bertanggungjawab membayar wang itu kepada anak guamnya selaku ejen fasiliti dan sekuriti.
Turut dibenarkan, kata beliau, perisytiharan bahawa defendan dihalang daripada menafikan kebertanggungan dan liabiliti mengikut Perjanjian Jaminan Pembayaran (PGA) dan perisytiharan bahawa wang diterima defendan bagi penggunaan pembangunan adalah atas dasar amanah bagi pihak plaintif.
Lanjutan itu, Muhammad Adam berkata, defendan dikehendaki mengemukakan akaun betul, lengkap dan terkini yang diaudit berhubung semua jumlah wang diterima defendan bagi penggunaan pembangunan untuk tempoh di antara 1 Januari 2014 dan sehingga tarikh penghakiman.
Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Bank Muamalat mendakwa, MAIS bersetuju membantu KUIS menggunakan hartanahnya di Mukim Kajang, Ulu Langat Selangor bagi mendirikan sebuah bangunan kediaman dan pusat pelajar di atas hartanah itu.
Bank itu mendakwa, lanjutan hasrat KUIS untuk menswastakan pembangunan itu, ia melantik Redha Resource, antaranya bagi mereka bentuk, membekal, mendirikan, menyiapkan dan menyelenggarakan serta menguruskan pembangunan mengikut terma perjanjian konsesi ditandatangani pada 7 Mac 2005 di antara kedua-dua defendan dan syarikat terbabit.
Ia berkata, selain memperoleh pembiayaan bagi membiayai pembangunan daripada Bank Pembangunan (M) Berhad (BPMB) sebanyak RM38.4 juta dan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM) serta plaintif secara bersama sebanyak RM87.4 juta, Redha Resources juga menandatangani ‘Assignment Of Concession Agreement’ pada 3 Ogos 2007 dengan plaintif selaku ejen fasiliti dan sekuriti.
Katanya, mengikut penjanjian, antara lain, Redha Resources menyerahkan hak, manfaat dan kepentingannya kepada Bank Muamalat selaku ejen sekuriti ke atas segala wang terjamin atau yang perlu dibayar mengikut perjanjian konsesi.
Seterusnya, melalui perjanjian konsesi dan perjanjian konsesi tambahan, plaintif mendakwa Redha Resources berhak mengenakan bayaran kepada pelajar yang menginap dan menggunakan pembangunan itu.
Plaintif seterusnya mendakwa, melalui perjanjian dengannya, BPMB dan BKRM, bayaran dikutip Redha Resources dalam tempoh konsesi akan digunakan bagi, antara lainnya, untuk membuat bayaran kepada plaintif sebagai bayaran wang pembiayaan manakala bakinya akan dikekalkan oleh Redha Resources.
Kata plaintif, berdasarkan ‘Facility Agency Agreement’ dan ‘Security Sharing Agreement’ bertarikh 3 Mac 2007, ia bertindak sebagai pihak yang akan menerima segala wang yang terjamin atau perlu dibayar di bawah perjanjian konsesi oleh Redha Resources ke dalam satu akaun sebelum plaintif mengagihkan kepadanya, BPMB dan BKRM berdasarkan bahagian masing-masing.
Menurut plaintif, defendan pertama dan kedua pula, bagi tujuan menjamin pembayaran wang pembiayaan oleh Redha Resources kepada plaintif, menandatangani perjanjian jaminan pembayaran.
Plaintif seterusnya berkata, melalui pertikaian antara Redha Resources dan defendan, defendan mendakwa walaupun pembangunan disiapkan, syarikat itu gagal memperoleh sijil layak menduduki atau sijil siap pematuhan serta mendapati pembangunan itu dibina tanpa pelan diluluskan pihak berkuasa tempatan.
Oleh itu, dakwa plaintif, defendan memulakan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2015 bagi perisytiharan bahawa syarikat itu memungkiri perjanjian konsesi dan ia adalah terbatal.
Menurut plaintif lagi, defendan pada masa material bertindak atas dasar bahawa bahawa perjanjian konsesi dengan syarikat itu sudah ditamatkan dan sejak pembangunan siap, mereka menggunakan pembangunan berkenaan dengan disewakan dan wang sewaan digunakan oleh mereka.
Dakwa plaintif, oleh kerana ia, BPMB dan BKRM tidak menerima sebarang pembayaran daripada Redha Resources, mereka memfailkan tindakan guaman dan memperoleh penghakiman terus daripada syarikat itu sebanyak RM326.7 juta bagi jumlah terhutang.
Sehubungan itu, plaintif memohon penghakiman terhadap kedua-dua defendan secara bersama atau berasingan. (BH)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails