Tuesday, November 13, 2018

M'sia-S'pura Bincang Semula Perjanjian Air 1962, Mengapa Sekarang?


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob ketika lawatan rasminya ke Singapura di The Istana hari ini. - Foto BERNAMA


SINGAPURA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau membangkitkan beberapa isu lama yang dianggap ‘kontroversi’ dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini.
Perdana Menteri berkata republik itu kelihatan lebih terbuka membincangkan isu berkenaan, termasuk pertikaian Perjanjian Air 1962, antara kedua-dua negara.
“Beliau (Hsien Loong) sangat bersedia untuk bekerjasama. Saya fikir mereka lebih terbuka untuk membincangkan isu ini berbanding sebelumnya.
“Sebelum ini, mereka menolak segala usaha rundingan semula,” katanya pada sidang media selepas sesi minum petang bersama rakyat Malaysia yang menetap di republik itu.
Ditanya sama ada itu petanda Singapura bersetuju untuk berbincang semula isu air, Dr Mahathir berkata, mereka (Singapura) tidak berkata setuju, tetapi sekurang-kurangnya nampak bersedia untuk menyatakan pendirian mereka dan bagi Malaysia menyuarakan pendirian.
Beliau berkata, rundingan rasmi membabitkan kedua-dua negara untuk membincangkan isu itu secara terperinci akan diadakan selepas ini.
Dr Mahathir sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa Malaysia menjual air kepada Singapura pada harga yang terlalu rendah dan harga itu perlu dinaikkan.
Bagaimanapun, Singapura sejak sekian lama berkata perjanjian air antara kedua-dua negara dijamin dan perjanjian itu mesti diteruskan mengikut terma syarat yang sudah dipersetujui.
Mengikut Perjanjian Air 1962 yang dijangka tamat pada 2061, Singapura dibenarkan menyedut 250 juta gelen (946.3 juta liter) air dari Sungai Johor setiap hari pada harga 3 sen untuk setiap 1,000 gelen (3,785.4 liter).
Sebagai pulangan, Johor berhak menerima bekalan harian sehingga lima juta gelen (18.9 liter) air terawat, atau dua peratus daripada air yang dibekalkan kepada Singapura, pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen (3,785.4 liter).
Memetik kenyataan Dr Mahathir, seperti yang dilaporkan media sebelum ini, perjanjian itu beliau sifatkan sebagai tidak masuk akal. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sudah 2X Dr M jadi PM Malaysia, mengapa baru sekarang Perjanjian Air 1962 ini dibangkitkan?
Lihat Sebelum Ini..

4 comments:

Jay said...

Melayu presiden Spore tak hormat pun PM Malaysia . Lawatan resmi pun pakai seluar.

Jay said...

Jangan lah beri harga air hampir percuma kpd Spore. Be business-like, gunakan consultants antarabangsa mengkaji dan mengeluarkan pendapat berapa harga hay patut di kenakan kpd Spore - on a strictly commercial basis.

Melayu dan Malaysia dah amat rugi bila Tengku A Rahman "tendang" Spore (konon) keluar dari Malaysia di tahun 1965. Maha Rasis dan Chauvinist Lee Kuan Yew telah membawa masuk orang Cina hingga menjadi 72% penduduk di Spore.

Selepas "perpisahan", nak masuk Spore pun susah.

Sayed Noordin said...

Dia dah kaya raya.. runding fasal nak naik harga air apa ada kisah .heran juga . dua puluh tahun dulu dia buat apa.

Anonymous said...

knapa tnya tun xbincang air dulu. knapa xtnya hussein onn pak dn najib pun xbincang isu tu. adakah 3 pm sebelum ini puashati dgn isu tu.

elok tnya napa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails