Thursday, November 15, 2018

Zionis Angkat Bendera Putih, Gencatan Senjata, Menteri Pertahanan Letak Jawatan.


PADA petang semalam, Selasa 13 November 2018 Zionis mengangkat bendera putih dan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata. Gencatan senjata tersebut yang dipelopori Mesir membuktikan kemenangan jelas buat mujahidin yang sehingga saat akhir terus menghujani tanah haram Israel dengan roket.
Zionis menyebut terpaksa tunduk pada kali ini atas beberapa faktor:
●     Serangan yang terlalu banyak dan tepat daripada pihak mujahidin, khususnya serangan ke atas bas dengan peluru berpandu 'kornet' yang dilaksanakan betul-betul selepas tentera Zionis meninggalkan bas.
●     Serangan yang teratur dan kesatuan jelas di antara kumpulan-kumpulan mujahidin diketuai Briged Izzuddin Al-Qassam melalui "Bilik Urusan Kumpulan-kumpulan Penentang Palestin" yang disebut Zionis bertindak seperti Kementerian Pertahanan.
●     Serangan yang teratur dan mengancam penduduk di penempatan haram, apabila mujahidin melancarkan roket sejauh 20km, kemudian 40km dan 60km, serta mengancam melancarkan serangan yang lebih jauh sekiranya Zionis terus menyerang bangunan awam di Gaza.
Penduduk Zionis keluar berdemonstrasi marah dengan keputusan pemimpin Zionis yang mengangkat bendera putih, sedang rakyat Gaza keluar berarak atas kemenangan kecil tapi bermakna ini.
Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman meletakkan jawatan akibat keputusan Kabinetnya untuk tunduk kepada tuntutan gencatan senjata.
Sebarkan poster ini seluasnya kerana dengan doa dan sumbangan kita telah berjaya menundukkan kuasa terbesar di dunia!
Dan teruskan menyumbang untuk projek-projek di Gaza melalui satu-satunya NGO yang mempunyai wakil rakyat Malaysia di sana di akaunMaybank 5648 1050 7826 atas nama Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
(Buka laman Video Cinta Palestin untuk melihat live video khas rentetan peristiwa yang berlaku sejak 11 November lepas)
NADIR AL-NURI,
Ofis Cinta Gaza Malaysia,
Bangi Sentral. - HARAKAHDAILY 15/11/2018
FB IMG 1542235484060

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails