Kegembiraan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila mereka diserbu sepasukan polis dari ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Balai Polis Bukit Mertajam pagi ini.
Dalam serbuan pukul 7.30 pagi itu, 25 termasuk tiga remaja bawah umur yang berusia antara 16 hingga 33 tahun ditahan.
Mereka terdiri daripada 16 lelaki dan sembilan perempuan dengan dua daripadanya merupakan penuntut di Giat Mara
Ketua Polis negeri Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, kesemua mereka dipercayai menyewa unit kondominium itu sejak semalam.
"Polis yang mendapat maklumat berkaitan kegiatan itu menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan homestay di Kompleks BM City dan menemukan seramai 25 individu yang sedang berpesta liar di situ.
"21 daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan ketamin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ke situ disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE