Seorang lelaki berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia 'bangun semula' ketika majlis pengebumiannya
NEW DELHI - INDIA. Seorang lelaki berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia 'bangun semula' ketika majlis pengebumiannya. Budh Ram disahkan meninggal dunia oleh doktor pada Sabtu selepas dia jatuh pengsan di rumahnya di Rajasthan, India.
Seorang sami telah dipanggil untuk upacara itu dan seluruh ahli keluarga lelaki terbabit turut membotakkan kepala mereka sebagai sebahagian daripada upacara prapengebumiannya. Menurut anak sulungnya, Balu Ram, mereka sedang melakukan persiapan untuk memandikannya apabila tubuh bapanya mula menggigil secara tiba-tiba.
"Tubuhnya menggigil apabila kami menyiram air pada dadanya. Jadi, kami bawa dia ke katil dan dia mula bernafas," ujarnya.
Ram dilaporkan bangun dan memberitahu keluarganya dia 'tidur sekejap' kerana berasa sakit dada. Anak lelakinya yang berusia 65 tahun pula menyifatkan ia sebagai satu keajaiban. - The Sun
No comments:
Post a Comment