Saturday, July 07, 2018

Merudum, Rizab Terus Jatuh, Kali Ini RM12 Bilion


Hasil carian imej untuk Rizab Terus Jatuh, Kali Ini RM12 Bilion

MERUDUM… Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sibuk cari kesalahan pentadbiran Barisan Nasional (BN) era lalu, masalah ekonomi negara terus kucar-kacir akibat tidak diurus dengan baik.

Terkini, rizab asing Bank Negara Malaysia (BNM) cuma tinggal AS$104.7 bilion (RM422.9 bilion) setakat 29 Jun berbanding AS$107.9 bilion (RM435.9 bilion) pada 14 Jun iaitu kehilangan sebanyak AS$3.2 bilion (RM12.9 bilion).
Jumlah terbaharu direkodkan itu jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion yang ditohmah PH kononnya dicuri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada akaun 1MDB walhal ia merupakan dana sumbangan oleh kerabat diraja Arab Saudi.
Media melaporkan rizab antarabangsa BNM itu turut ambil kira pelarasan akaun suku tahunan untuk perubahan penilaian semula pertukaran mata wang asing susulan pengukuhan ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
Ini juga berbanding pelbagai aset rizab wang asing yang dipegang BNM. Dalam kenyataan bank pusat itu berkata kedudukan rizab hanya memadai biayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$98.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.9 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR AS$1.2 bilion) dan emas (AS$1.5 bilion).
Juga aset rizab lain sebanyak AS$2.8 bilion yang meliputi emas dan pertukaran asing, SDR (RM423.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.39 bilion) dan deposit dengan institusi kewangan (RM202.27 juta).
Tidak ketinggalan ialah pinjaman dan pendahuluan sebanyak RM7.25 bilion, tanah dan bangunan pula (RM4.17 bilion) serta aset-aset lain (RM9.95 bilion). – Mynewshub.TV
MORE C

10 comments:

Anonymous said...



Wah betapa hebatnya pemimpin-pemimpin rejim pakatan memerintah negara ini sehinggakan semua janji pakatan ke laut, ekonomi negara merundum, harga barang keperluan rakyat meningkat tinggi dan Rizab Terus Jatuh, Kali Ini RM12 Bilion !

Sudah pasti semua pencacai, penyokong dan pengundi pakatan merasa berbangga dengan pencapaian rejim pakatan yang luar biasa berbanding dengan Eropah, Jepun, dll.

Selepas ini, sudah pasti pencacai pakatan akan diberikan lebih banyak dedak untuk disondol.

Anonymous said...

Yg percaya mahathir dan pakatan cuma liberal. Ahli niaga luar negara memang lama dah hilang keyakinan. Cina DAP pulak guna mahathir dan pakatan utk lemahkan Islam. PAN ialah org suruhan DAP. Dalam PAN mana ada ulamak hebat, melainkan makhluq perosak.

Anonymous said...

Ya, bawah PH rezab terus jatuh jadi 12B, kalau beri PAS perintah rezab jatuh berganda2 mungkin 50B....

Senang2 orang PAS kata macam2 kat orang PH, dalam PAS bertimbun2 wahabi, syiah, salafi, liberal dan LGBT. Ini akidah individu BUKAN parti.....Akidah kita sendiri patut jaga, al-quran untuk diikuti BUKAN untuk "dijual" untuk kepentingan diri..

Dalam PAS berlonggok2 pemimpin yang tak keluarkan zakat....cuci akidah ahli dan pemimpin PAS dahulu..!

Anonymous said...

Apa cerita ni. main wayang lg ke PH. Sampai bila rakyat nak kena TIPU !!

Semua cerita baik belaka. Yg salah BN saja....?

Anonymous said...


Barua dedak pakatan 2:13 PM sedang meroyan histeria mencipta pelbagai alasan karut menyalahkan PAS di atas semua kegagalan rejim pakatan. Inilah tahap mentaliti barua-barua ternakan pakatan yang amat menyedihkan!

Anonymous said...

Ketua PAN, sabu syiah kan. Yg tarik tentera dr arab saudi dan disukai oleh syiah ialah sabu juga. PAS dah bersih dr sabu. Tak perlu teruskan fitnah pada pas.

Anonymous said...

Buktikan dlm pas ada liberal, syiah, lgbt,wahabi. Yg jelas pan, pkr dan bersatu liberal,sebab pimpinannya bukan golongan agamawan. Pkr terbabit dgn liwat. Sabu dgn syiah. Pan dgn dap bergabung fitnah pas utk lemahkan islam.
Kena sebarluaskan maklumat ini spy umat islam jgn leka.

Anonymous said...

Beza pas dgn pan ialah pas banyak guna quran. Pan banyak guna aqal.

Anonymous said...


Beza antara PAS dan Pakatan ialah PAS banyak guna Al-Qur'an dan Sunnah untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam.

Pakatan pula banyak guna akal jahil murakkab liberal untuk menegakkan ketuanan biaDAP. Menang PRU pun bertunjangkan fitnah !

Anonymous said...

Jual ayat alquran dan sunah utk mendapatkan undi org islam dan bukan islam.meyakini undi mrk sama utk berkuasa di parlimen tmpt ciptaan yahudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails