Saturday, February 03, 2018

Undilah B/MB S'ngor Khalid Ibrahim Di Parlimen Shah Alam... Kalau Ya

PETALING JAYA: Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemungkinan bertanding sebagai calon PAS di Shah Alam pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), menurut sumber.


Ia susulan kenyataan Khalid baru-baru ini yang beliau akan berkempen untuk PAS, yang pernah menyokongnya ketika krisis politik 2014 negeri tersebut apabila PKR cuba melucutkan jawatannya sebagai menteri besar.

Kerusi Shah Alam itu dimenangi oleh Khalid Samad untuk PAS pada 2008 dan 2013, dengan majoriti selesa. Khalid Samad kemudian menyertai parti serpihan PAS, Amanah, susulan pemilihan muktamar PAS tahun 2015 yang menyaksikan parti itu berpecah.
Dua pertiga pengundi kerusi itu adalah Melayu, manakala jumlah pengundi Cina dan India hampir sama.

Selepas dilucutkan jawatan MB dalam apa yang dinamakan “Langkah Kajang”, Khalid Ibrahim yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak memilih untuk menjadi Adun bebas di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ditanya mengenai kemungkinan bekas menteri besar itu bertanding menentang beliau, Khalid Samad berkata beliau tidak terkejut.

“Itu tekaan saya. Pembangkang menggambarkannya dengan baik semasa beliau memegang jawatan menteri besar Selangor dan saya rasa Shah Alam akan menjadi kerusi sasaran.
“Jika beliau bersetuju bertanding bawah PAS, Khalid Ibrahim sememangnya akan ditawarkan kerusi,” katanya.

Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid.

Ini kerana terdapat juga spekulasi mengatakan musuh ketat Khalid Ibrahim ketika di PKR dulu, Mohamed Azmin Ali, yang menggantikannya sebagai menteri besar, akan berpindah ke Shah Alam dari Gombak.

Kedua-duanya pernah bergelut dalam pertarungan untuk jawatan timbalan presiden PKR pada 2014, yang berakhir dengan kemenangan Azmin. (IH)

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

10 comments:

Anonymous said...

umno mca mic ppp kira bawa ke syurga ke?

Anonymous said...

Dahulu PAS mendakwa ia wujud demi sebuah Negara Islam tetapi kemudiannya ia mendakwa negara Islam tidak wujud dalam AlQuran dan yang ada ialah Negara Berkebajikan. Mutakhir ini pula ia menjadi pendokong Negara Kleptokrasi penindas rakyat yang diterajui UmNo.

Dahulu PAS mendakwa ia wujud demi hukum hudud, tetapi kemudian ia sendiri mengatakan 'hukum hudud hanyalah 0.001% daripada hukum Islam' sebagai alasan untuk tidak melaksanakan. Kemudian itu tukar kepada RUU355 pula yang jelas bukan hukum hudud, dan itupun ia kelihatan lebih bersungguh-sungguh di jalan raya berbanding di Parlimen. Mutakhir ini kesemuanya sekali sudah disapu ke bawah karpet di bawah slogan politik matang. Yang kedengaran pula ialah 'king maker'.

Dahulu PAS mendakwa UMNO kafir sehingga wujud pecah belah teruk dalam masyarakat, malah sampai ke peringkat ada anggota keselamatan yang mereka bunuh dan ada anggota mereka sendiri yang jenazah tidak disempurnakan kerana didakwa syahid menentang UMNO. Sekarang mereka sendiri telah menjadi sekutu UMNO yang mereka dakwa sebagai kafir itu dan sehingga kini dakwaan kafir itu masih tidak ditarik balik melainkan hanya disapu ke bawah karpet.
Bagaimanakah mereka boleh terfikir pun bahawa Allah Yang Maha Adil ini telah terlupa dan telah lalai daripada apa-apa yang pernah mereka kerjakan?

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/02/patut-la-khalid-samad-cuak-bertanding.html?m=1

PATUT LA KHALID SAMAD CUAK BERTANDING DI SHAH ALAM!!!

Pengarah Komunikasi parti Ternakan DAPigs, Khalid Abdul Samad hanya mendapat skor 31.0 peratus daripada bancian pengundi di kawasan yang disandangnya, Parlimen Shah Alam.

Jika sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Khalid Samad tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang dimenanginya sejak tahun 2008 dalam PRU yang akan datang.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, Khalid Samad dikatakan tidak mendapat sokongan dari penduduk Shah Alam berdasarkan pendiriannya terhadap isu - isu yang berkaitan dengan agama.
“Tahukah anda, pada tahun 2014 Khalid Samad pernah menemplak orang yang melompat parti dengan membawa lari kerusi yang telah dimenanginya dengan gelaran “pengkhianat”. Kata-katanya bagaikan meludah ke langit apabila beliau sendiri baru-baru ini melompat parti dengan membawa lari kerusi Parlimen Shah Alam yang beliau menangi pada PRU13.
“Di dalam parlimen pula, beliau antara individu yang cukup lantang berhujah yang bersorak. Beliau menjadi antara individu Muslim yang paling lantang membantah usaha perjalanan RUU355 di parlimen. Beliau sepatutnya lantang mempertahankan RUU355, tetapi sebaliknya berlaku. Kerja Lim Kit Siang untuk membantah RUU355 menjadi mudah dengan adanya individu seperti Khalid Samad di Parlimen.
“Pada Desember 2017, bancian umum menunjukkan rakyat Shah Alam cukup kecewa dan kesal dengan sikap beliau yang tidak tegas untuk membanteras pesta arak besar-besaran seperti oktoberfest. Bahkan dalam satu keratan video, beliau ada menyebut “dia (non muslim) minum arak macam minum teh je”.,” kenyataan GPS dipetik.
Sebagai rekod, Ahli Parlimen Shah Alam itu masih menunggu keputusan mahkamah rayuan terhadap kes saman fitnah yang difailkan terhadap dirinya oleh Datuk Dr. Hasan Ali sebelum ini.

Hasan Ali memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid Samad mengeluarkan kenyataan bahawa Syabas dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan NGO pimpinannya, JATI.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah menetapkan keputusan dan memerintahkan agar Khalid Samad membayar tuntutan saman yang difailkan sebanyak RM 200 ribu kepada Hasan Ali.

Sekiranya keputusan itu kekal dan mahkamah rayuan menolak permohonan yang dibuat oleh Khalid Samad, kemungkinan besar Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!

Anonymous said...

Statement anon ni adalah dari AyahPAN yg mendewa2kan DAP walaupun DAP anti Islam


http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

Hadi: "Quran tak sebut Negara Islam"! 60 tahun PAS tipu umat Islam di Malaysia!
Apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa Negara Islam sebenarnya tidak disebut di dalam Al-Quran sebaliknya negara kebajikan (sini), maka ini mengesahkan bahawa sejak PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 telah menipu umat Islam di Malaysia dengan mengatakan kononnya mahu menubuhkan "Negara Islam". Pembohongan PAS ini kini terpaksa didedahkan sendiri oleh Hadi untuk membolehkan kerjasama mereka dengan PKR dan DAP tidak terjejas.

Betapa malangnya umat Islam di Malaysia apatah lagi para penyokong PAS yang telah ditipu hidup-hidup kononnya PAS nak menubuhkan Negara Islam. Hakikatnya, PAS hanya mahukan kuasa. PAS sendiri tertubuh disebabkan Fuad Hassan tewas dalam pemilihan jawatan Yang Dipertua UMNO. Akibat kecewa beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS. Siapa tak tahu perkara itu?

Apa yang menjelekkan lagi alasan yang digunakan oleh Hadi untuk menjilat undi DAP dan PKR ialah bukan saja di dalam Al-Quran tiada Negara Islam malah beliau juga menyatakan "apa yang penting ialah pelaksanaan", bukan Negara Islam itu sendiri!

Jadi ini dengan sendirinya mengesahkan apa yang dibuat oleh UMNO adalah tepat dan menepati kehendak Al-Quran. UMNO tak pernah menjaja sebagaimana PAS tetapi UMNO mengutamakan pelaksanaan.

Islam Ugama Persekutuan, kewujudan undang-undang syariah, pembinaan masjid dan surau, pelantikan guru KAFA, elaun kepada imam dan bilal, bantuan kepada negara-negara Islam dan bukan Islam yang ditimpa kesusahan seperti Bosnia dan Palestin adalah hanya secebis contoh pelaksanaan yang dibuat UMNO dan BN. UMNO tidak pernah menyalah seperti mana PAS. Menguruskan sampah di Kota Bahru pun mereka gagal. Inikan pula nak menguruskan negara?

Sudah-sudahlah terpedaya dengan pembohongan PAS. 60 tahun umat Islam di Malaysia ditipu diperdaya. Busuk la PAS weh!

Haji Hadi PERLU BERTANGGUNG JAWAB dan MENGAKUI KESALAHAN INI...........

Dalam sidang media selepas merasmikan muktamar Pas, Hj Hadi telah berkata Pas hanya akan menumpukan kepada negara kebajikan, bukannya negara islam.

Hj Hadi kata lagi dalam Quran tiada disebut negara islam , sebaliknya hanya disebut negara kebajikan.

"Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan."

Anonymous said...

Ahaks. Bohong lagi. PKR pun kata PAN tak amanah

Anonymous said...

Bukti PKR tak Amanah (Kaki Kencing). PKR cakap okey bukan PAS. So komen2 PAN tak payah baca


http://www.malaysia-today.net/amanah-tak-amanah-kata-azmin/

AMANAH Tak Amanah, Kata Azmin

(Malaysiakini) – Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak AMANAH kerana ‘berbohong’ dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

Beliau berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali.

“AMANAH berbohong…AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah.

“Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai duduk perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?” Kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan sebuah masjid baru di Taman Tun Teja, Rawang tengahari ini.

Azmin membuat bidasan ini selepas ditanya sama ada jawatankuasa khas rundingan kerusi HARAPAN yang diumumkan Dr Mahathir Mohamad itu telah bertemu atau tidak.

Bagaimanapun, Azmin berkata tidak akan ada suatu jawatankuasa khas.

“Biar saya jelaskan…Kami telah bertemu sebanyak empat kali untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi tetapi isu-isu lain berkaitan dengan PRU14. Sudah tentu rundingan kerusi merupakan antara isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.

“Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini.

“Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.

Rundingan kerusi 80 peratus

“(Jadi) mereka menamakannya sebagai ‘jawatankuasa rundingan kerusi’. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama,” jelas beliau.

Menurut Azmin ‘lebih 80 peratus’ kerusi telahpun diputuskan setakat ini.

“Anda tidak boleh mengharapkan kami memutuskan 100 peratus rundingan kerusi empat bulan sebelum pilihan raya,” katanya.

Mahathir membuat pengumuman berkenaan jawatankuasa khas itu selepas rundingan kerusi HARAPAN di Selangor dilaporkan menemui jalan buntu kerana perbezaan pandangan di antara PKR dan tiga lagi parti HARAPAN.

AMANAH, DAP dan BERSATU enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihanraya negeri yang dipengerusikan ADUN Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai mandat bagi merundingkan kerusi.

Reply

Anonymous said...


Rekod Khalid Ibrahim dah tercemar. Sanggup bersongkol dengan PAS untuk pertahankan jawatan MB.

Se busuk-busuk Azmin kedudukan Sebagai MB tetap kukuh.

Bererti Khalid Ibrahim tak bijak berpolitik.

Khalid Ibrahim mungkin ada sedikit peluang jika bertanding di kawasan kampung bukan bandar seperti Shah Alam.

UMNO dia tolong, PAS dia sokong. Bukankah PAS dan UMNO bermusuhan?

Jika Kajang tak setuju dengan tindakan Khalid Ibrahim yang degil tidak mahu letak jawatan, begitu lah orang Shah Alam.

Masih teringat Khalid Ibrahim sanggup menidakkan isu kerugian 1MDB untuk bersama PAS. Tapi Najib secara terang mengaku kesilapan 1MDB.

Macamana seorang tokoh begitu boleh di pilih oleh Shah Alam.

Kerana kedegilan Khalid Ibrahim lah menyebabkan Anwar Ibrahim di penjara kan.

Anonymous said...

Khalid Ibrahim berubah sokongan kepada UMNO sebab berkaitan dengan hutang.

Baru ini PAS di beri hutang untuk bayar gaji..

Kerana hutang tergadai prinsip.

Anonymous said...

Keputusan bijak..untuk bersama PAS..semoga PAS terus maju bersama ISLAM..amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails