Saturday, February 03, 2018

Krisis Amanah Lwn PKR Kerana Tun M &DAP?

Hasil carian imej untuk azmin , mat sabu
Amanah berbohong, tidak amanah - Azmin

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, semalam menempelak tindakan parti sekutunya yang mendakwa pembahagian kerusi di Selangor, masih belum dimuktamadkan.

Mohamed Azmin sebaliknya menegaskan, sudah ada jawatankuasa yang membincangkan pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti komponen pakatan harapan di Selangor sebelum ini.

Katanya, jawatankuasa itu juga sudah bertemu sebanyak empat kali bagi membincangkan perkara terbabit termasuk isu yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Amanah berbohong! Apa yang Dr Mahathir (Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad) katakan ialah kami sudah ada satu jawatankuasa seperti negeri lain dan sudah bertemu sebanyak empat kali.
"Amanah (Parti Amanah Negara) tidak memberi tahu perkara sebenar. Mereka tidak amanah.
"Kami sudah bertemu selama empat kali untuk berbincang, cuma nama jawatankuasa sebelum ini (ialah) Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor. Sekarang mereka mahu menukarnya kepada Jawatankuasa Pengagihan Kerusi.
Hasil carian imej untuk azmin , mat sabu
Imej yang berkaitan
Ahli jawatankuasa sama

"Ahli jawatankuasa adalah orang yang sama. Sudah tentu belum dapat mencapai kata sepakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah masjid baharu di Taman Tun Teja, Rawang tengah hari semalam.

Mohamed Azmin yang mengakui beliau yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata perbincangan perlu diteruskan kerana amat penting untuk mencapai persefahaman dan persetujuan bersama dengan semua parti komponen dalam pakatan pembangkang berkenaan.

Katanya, pada ketika ini, sebanyak 80 peratus daripada kerusi di Selangor sudah ditentukan.

"Anda tidak boleh menjangkakan yang proses ini boleh diselesaikan dalam masa satu hari," katanya.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim menggesa PKR Selangor terutama pengerusinya iaitu Mohamed Azmin untuk akur dengan arahan Pakatan Harapan untuk diwujudkan sebuah jawatankuasa khas membincangkan isu agihan kerusi di negeri itu.

Izham dilaporkan berkata, jawatankuasa itu perlu diwujudkan berikutan agihan semua kerusi itu perlu dimuktamadkan segera pada 7 Februari ini susulan keputusan pada peringkat Majlis Presiden. 

Demikian Lapor BH.

Betulkah Tuduhan Kepada Mat Sabu Ini?

Lihat berita ini..
KOMUNIS DAP BERJAYA TELANJANGI & MALUKAN MAT SABU, SIANG MENGGATAL MALAM JADI IMAM 8/31/2015 |



RAPATNYA ADUHAI SENTUH SENTUHAN
(http://mymassa.blogspot.my/2015/08/komunis-dap-berjaya-telanjangi.html)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya krisis PKR-Amanah ini berlaku adalah gara-gara strategi Dr Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan dengan sekutunya DAP,  yang sama-sama ada kepentingan dan strategi, untuk memerintah Malaysia. 

Kalau dibiarkan kepada mereka semua, termasuklah BN sekali, akan lingkuplah Malaysia. Apa lagi kalau dinilai dari segi perjuangan menegakkan Islam di negara ini, semuanya sama! 

Oleh itu....
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

10 comments:

Anonymous said...

http://www.malaysia-today.net/amanah-tak-amanah-kata-azmin/

AMANAH Tak Amanah, Kata Azmin

(Malaysiakini) – Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak AMANAH kerana ‘berbohong’ dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

Beliau berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali.

“AMANAH berbohong…AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah.

“Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai duduk perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?” Kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan sebuah masjid baru di Taman Tun Teja, Rawang tengahari ini.

Azmin membuat bidasan ini selepas ditanya sama ada jawatankuasa khas rundingan kerusi HARAPAN yang diumumkan Dr Mahathir Mohamad itu telah bertemu atau tidak.

Bagaimanapun, Azmin berkata tidak akan ada suatu jawatankuasa khas.

“Biar saya jelaskan…Kami telah bertemu sebanyak empat kali untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi tetapi isu-isu lain berkaitan dengan PRU14. Sudah tentu rundingan kerusi merupakan antara isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.

“Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini.

“Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.

Rundingan kerusi 80 peratus

“(Jadi) mereka menamakannya sebagai ‘jawatankuasa rundingan kerusi’. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama,” jelas beliau.

Menurut Azmin ‘lebih 80 peratus’ kerusi telahpun diputuskan setakat ini.

“Anda tidak boleh mengharapkan kami memutuskan 100 peratus rundingan kerusi empat bulan sebelum pilihan raya,” katanya.

Mahathir membuat pengumuman berkenaan jawatankuasa khas itu selepas rundingan kerusi HARAPAN di Selangor dilaporkan menemui jalan buntu kerana perbezaan pandangan di antara PKR dan tiga lagi parti HARAPAN.

AMANAH, DAP dan BERSATU enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihanraya negeri yang dipengerusikan ADUN Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai mandat bagi merundingkan kerusi.

Anonymous said...

http://www.malaysia-today.net/amanah-azmin-macam-badut-tak-layak-jadi-mb/

AMANAH: Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB
By MT Webmaster Last updated Feb 2, 2018


(Malaysiakini) – Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa mereka berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.

Beliau malah menyifatkan Azmin sebagai ‘badut’ dan tidak layak untuk menjadi menteri besar dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor.

“Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut (joker). Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mendakwa AMANAH sudah menghantar surat rasmi kepada Azmin selaku pengerusi HARAPAN Selangor agar mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi sehingga kini ia tidak diadakan.

“Nak jadi pengerusi HARAPAN Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan (fit) untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini.

“Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya.

Terdahulu, Azmin mendakwa AMANAH berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

“AMANAH berbohong…AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah. Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai kita telah bertemu sebanyak empat kali?” Kata Azmin.

Mesyuarat bukan runding kerusi

Izham berkata memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen HARAPAN.

Katanya, mesyuarat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan BERSATU.



“Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan BERSATU. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya,” katanya lagi.

Katanya lagi, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.

Beliau juga berkata, HARAPAN Selangor hanya pernah bermesyuarat sebanyak dua kali, dengan kali terakhir yang dipengerusikan Azmin adalah pada Oktober lalu.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR juga berkata sejumlah 80 peratus kerusi di Selangor sudahpun diputuskan.

Namun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua nampaknya tidak tahu-menahu tentang perkara itu.

“Saya tak tahu yang 80 peratus kerusi sudah dirunding kerana kami tidak pernah ditanya tentangnya,” katanya kepada Malaysiakini.

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/02/pan-dan-dapigs-tuduh-azmin-penipu.html

PAN DAN DAPigs TUDUH AZMIN "PENIPU"!!!

Dah kena dah! Penipu kena kencing dengan Penyangak. Sebab tu jangan diberi kuasa pada orang yang tak tentu arah. Sekarang, dah tak pasal - pasal je diorang pulak berbalah sesama sendiri.

Tak heran la kalau isu pasal pencalonan Perdana Menteri Pakatan Haprak tu pun boleh menjadi satu Polemik Politik yang tidak membawa sebarang faedah buat mereka sebelum ini.

Sedangkan nak selesai isu pembahagian kerusi sesama diorang pun tak mampu, macam mana diorang nak mentadbir Negara dimasa akan datang kalau dah asyik beramuk tak tentu hala?

Kalau semalam, Si Azmin Ali tu tampil membuat dakwaan kononnya puak - puak PAN Selangor tidak amanah dan sengaja memburukkan PKR berhubung isu pembahagian kerusi DUN.

Kali ini, DAPigs dan PAN pulak bergabung tenaga dan mendakwa kononnya tuduhan Si Azmin Ali itu adalah tidak benar serta rundingan mengenai pengagihan kerusi masih belum dibuat.
“Kami diberi mandat untuk menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan strategi pilihan raya, termasuk jentera, bukannya rundingan kerusi.
“Kami menulis surat untuk mesyuarat khas mengenai perkara itu (rundingan kerusi), tetapi mereka tidak mengadakan mesyuarat,” kat Pengerusi PAN Selangor.
Malah DAPigs juga mengambil pendirian yang sama, mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali berhubung isu pembahagian kerusi DUN di Selangor itu sebagai satu pembohongan.

Tony Pua selaku Pengerusi DAPigs Selangor dalam kenyataan berasingan mendakwa, sehingga ke hari ini, Pakatan negeri itu masih belum membincangkan soal pembahagian kerusi.

Sekarang rakyat dapat melihat betapa rapuhnya hubungan diantara puak Pakatan Haprak tu sendiri. Nak membahagikan kerusi sesama mereka pun menjadi satu isu yang GAGAL ditangani.

Sampai tahap sanggup membuat tuduhan dan memburukkan sesama sendiri. Itu belum cerita lagi pasal khabar angin mengatakan bahawa Si Azmin Ali tu cuba berunding dengan PAS. Inilah bahananya bila bagi orang Bongok sesama Bongok memerintah!!!

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/01/pkr-enggan-peduli-desakan-pan.html

PKR ENGGAN PEDULI DESAKAN PAN!!!

POSTED BY SEMUT HITAM ON SELASA, JANUARI 30, 2018 WITH 1 COMMENT SO FAR

Hahaha!!! Kesian dengan nasib parti Ternakan DAPigs tu apabila kepimpinan PKR Pusat enggan masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan pengagihan kerusi DUN di Selangor.

Kalau sebelum ini, puak - puak PAN tu merenggek macam budak kecik mendakwa kononnya mereka telah dipinggir dan dianiayai oleh PKR Selangor berhubung isu yang sama.

Ekoran tindakan PKR Selangor yang dilihat seolah - olah tidak mempedulikan luahan rasa kecewa mereka, PAN Selangor mendesak agar Pakatan Pusat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tapi malangnya, desakan PAN Selangor itu lansung tidak dipedulikan oleh Pakatan Pusat yang tetap enggan masuk campur dalam urusan pengagihan kerusi DUN diperingkat Negeri itu.

Antara lain, kepimpinan Pakatan Haprak itu memberikan alasan kononnya rundingan berhubung isu pengagihan kerusi DUN di Selangor itu masih lagi berlansung pada ketika ini.

“Buat masa ini ia (rundingan) masih berlangsung, belum lagi memerlukan penglibatan oleh pimpinan pusat. Dan pada peringkat rundingan negeri, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan negeri untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya dipetik portal berkenaan.
Secara tidak lansung, alasan yang diberikan itu membuktikan bahawa Pakatan tidak mempedulikan luahan hati serta suara pengikut - pengikut yang berada diperingkat bawahan.

Perkara yang sama juga berlaku sebelum ini dimana pucuk pimpinan Pakatan tidak mengendahkan bantahan dari peringkat akar umbi terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Malah, tambah memalukan ialah apabila pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu lebih suka menyalahkan pengikut bawahan kerana tidak tampil memberikan nama lain selain dari Tun Mahathir. Padahal, diorang yang tak ambik peduli apa yang diluahkan oleh orang bawahan!!!

Anonymous said...

Pakatan Al Ahzab Sedang Bergolak.

ALHAMDULILLAH

Anonymous said...

Dahulu PAS mendakwa ia wujud demi sebuah Negara Islam tetapi kemudiannya ia mendakwa negara Islam tidak wujud dalam AlQuran dan yang ada ialah Negara Berkebajikan. Mutakhir ini pula ia menjadi pendokong Negara Kleptokrasi penindas rakyat yang diterajui UmNo.

Dahulu PAS mendakwa ia wujud demi hukum hudud, tetapi kemudian ia sendiri mengatakan 'hukum hudud hanyalah 0.001% daripada hukum Islam' sebagai alasan untuk tidak melaksanakan. Kemudian itu tukar kepada RUU355 pula yang jelas bukan hukum hudud, dan itupun ia kelihatan lebih bersungguh-sungguh di jalan raya berbanding di Parlimen. Mutakhir ini kesemuanya sekali sudah disapu ke bawah karpet di bawah slogan politik matang. Yang kedengaran pula ialah 'king maker'.

Dahulu PAS mendakwa UMNO kafir sehingga wujud pecah belah teruk dalam masyarakat, malah sampai ke peringkat ada anggota keselamatan yang mereka bunuh dan ada anggota mereka sendiri yang jenazah tidak disempurnakan kerana didakwa syahid menentang UMNO. Sekarang mereka sendiri telah menjadi sekutu UMNO yang mereka dakwa sebagai kafir itu dan sehingga kini dakwaan kafir itu masih tidak ditarik balik melainkan hanya disapu ke bawah karpet.
Bagaimanakah mereka boleh terfikir pun bahawa Allah Yang Maha Adil ini telah terlupa dan telah lalai daripada apa-apa yang pernah mereka kerjakan?

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH PAKATAN PARTI LIBERAL DAN PARTI KAFIR HARBI BIADAP SEDANG BERPECAH BELAH KERANA KONFLIK DALAMAN YANG DISEBABKAN OLEH TAMAK, GILA KUASA DAN PANGKAT, NAFSU SERAKAH LEBIH BESAR DARI BADAN EMPUNYA DIRI, DENGKI KHIANAT DLL.

BAYANGKAN APA AKAN BERLAKU JIKA PAKATAN SARKIS INI MEMERINTAH NEGARA.

MARILAH KITA UMAT ISLAM MENYOKONG DAN MENGUNDI PARTI ISLAM PAS PIMPINAN ULAMA ISLAM DALAM PRU 14.

Anonymous said...

BOLLYWOOD = HOLLYWOOD = SARANG YAHUDI ZIONIS = MEMFITNAH ISLAM DAN UMAT ISLAM.

MARI KITA SEMUA PULAUKAN (BOYCOTT) BOLLYWOOD DAN HOLLYWOOD.

Anonymous said...

Barua dedak ternakan Pakatan Sarkis,

Mana bukti? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah dan kamu adalah penjaja fitnah.

Keputusan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam bertanding di seluruh negara membuktikan PAS bukan khadam parti keris atau parti biaDap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails