Saturday, February 03, 2018

Harimau Ini Sakit Gigi, Dia 'minta tolong' Penduduk Kampung, Bagaimana?

Harimau

VLADIVOSTOK (Russia) – Seekor harimau belang di Siberia berbaring di luar pintu belakang rumah seorang penduduk di sebuah perkampungan di sini, menunggu seseorang keluar bagi membantunya yang sakit gigi menyebabkan haiwan itu kurus kerana kurang makan.

Dalam kejadian awal minggu ini, pemilik rumah itu, Alexey Khaideyev, menemui harimau terbabit ketika mahu keluar ke halaman belakang pada awal pagi namun pintu tersekat.
Menurut laporan metro.co.uk yang memetik Siberian Times, apabila menolaknya dengan kuat, dia terdengar harimau mendengus menyebabkan Alexey kembali masuk ke dalam rumah.
Alexey tinggal di rumah yang terletak di pinggir kampung berdekatan hutan dan sungai bersama-sama dengan isteri dan neneknya.
Alexey kemudian menghubungi pihak berkuasa dan pasukan pakar harimau yang datang, menembak haiwan berkenaan dengan pelali sebelum dibawa pulang ke pusat pemuliharaan di Alekseevka.
Mereka mendapati harimau betina berusia sekitar 10 tahun itu bengkak gusi dan sakit gigi yang menyebabkan ia kelaparan kerana tidak boleh makan.
Pengarah Pusat Harimau Siberia, Sergey Aramilev, berkata, haiwan itu berkelakuan baik seolah-olah menunggu bantuan.
“Harimau itu keletihan dan kelaparan serta kurus. Ia mengalami masalah gusi yang serius dengan beberapa gigi atasnya hilang,” katanya.
Kakitangan pusat itu merawat harimau berkenaan dan memberinya makanan yang cukup iaitu daging dicampur antibiotik.
Harimau Siberia ialah spesies terancam dan kini hanya ada kira-kira 500 haiwan itu di timur Russia. – Agensi/myMetro Online

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

2 comments:

Anonymous said...

Harimau sakit gigi pandai berkelakuan baik wajar ditolong.

Kalau anjing gila ternakan sifu banglo tersepit , kita perlu berfikir 1000 kali dan berhati-hati kerana anjing gila akan menggigit kita sebaik sahaja dilepaskan.

Anonymous said...

PAS ibarat Harimau tak ado gigi, tak ado kuku. PAS hanya kuat mengaum. Tak ado orang nak takut bilo PAS mengaum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails