Saturday, February 03, 2018

Filem ‘Padmaavat’ India Ini Hina Islam.. Dilarang Tayang, Tahniah KDN!


HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) membuat keputusan untuk tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ di Malaysia. Ia ekoran jalan cerita filem itu memberi gambaran buruk terhadap Islam melalui watak seorang Sultan di sebuah Kerajaan Islam di India dalam era Kesultanan Khilji iaitu Sultan Alauddin Khilji.

“Watak Sultan Alauddin Khilji digambarkan sebagai seorang pemerintah yang beragama Islam tetapi mempunyai perangai dan tingkah laku yang buruk.
“Baginda juga digambarkan sebagai seorang Sultan yang angkuh, kejam, tidak berperikemanusiaan, licik dengan pelbagai tipu helah, tidak menepati janji dan tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya,” kata KDN dalam satu kenyataan media hari ini.


Bagaimanapun, KDN memaklumkan, syarikat pengedar filem mengemukakan rayuan untuk mempertimbangkan semula keputusan tapisan filem tersebut. Namun, Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) pada 30 Januari 2018 membuat keputusan mengekalkan keputusan LPF itidak membenarkan tayangan filem ‘Padmaavat’ di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan – TUT).

Tahniah KDN. Dari Weblog Ibnu Hasyim. 



UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?




5 comments:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

https://www.malaysia-today.net/gelar-dr-zakir-naik-setan-dap-serlah-wajah-sebenar-musuhi-islam/

Gelar Dr Zakir Naik ‘Setan’, DAP Serlah Wajah Sebenar Musuhi Islam

Ismaweb

Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.

READ HERE: DAP gelar Dr Zakir Naik ‘setan’

Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.

“Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian’. Mana yang ‘peace loving’nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan’. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.



“Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.

“Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?

“Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah,” katanya.

Anonymous said...

BOLLYWOOD = HOLLYWOOD = YAHUDI ZIONIS = PENJAJA FITNAH

Anonymous said...

Sebilangan pemimpin BIADAP adalah ahli atau penyokong pertubuhan pengganas LTTE yang telah merompak dan membunuh umat Islam dan penganut Buddha di Sri Langka.

Bayangkan apa akan berlaku jika parti BIADAP dan sekutu parti liberalnya berkuasa di negara kita.

MARILAH KITA SEMUA UMAT ISLAM MENYOKONG DAN MENGUNDI PARTI ISLAM PAS PIMPINAN ULAMA ISLAM.

Anonymous said...

Tahniah dan syabas untuk KDN kerana berjaya mengharamkan filem yang menghina agama Islam. Teruskan usaha murni dengan menangkap dan mendakwa pemimpin kafir harbi dan liberal yang telah menghina, memfitnah atau memburuk-burukkan agama Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails